BERKAT SEEKOR KUCING


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/


Syaikh Abdul Hadi adalah seorang imam di sebuah masjid di Syria. Pada suatu hari anaknya jatuh sakit. Sudah puas dia berusaha mengubatnya tetapi tidak juga sembuh. Hatinya sedih kerana seperti orang lain, dia amat menyayangi anaknya itu.
Sudah puas dia memikirkan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa sama meneruskan solatnya. Ketika dia ingin mengambil wuduk, dia teringat firman ALLAH SWT yang bermaksud:
" Dan mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan mengerjakan solat " - Surah Al Baqarah, ayat 45.
Syaikh Abdul Hadi juga teringat pada sebuah hadis dari Abu Umamah Al-Bahili r.a yang menyebut sabda Rasulullah SAW:
" ubatilah orang sakit di antara kalian dengan bersedekah "

Syaikh Abdul Hadi termenung dan timbul pertanyaan: kepada siapakah beliau hari bersedekah pada lewat malam? Siapa yang akan menerima sedekahnya? Tanpa diduga ALLAH SWT segera mengirim jawapan apabila Syaikh Abdul Hadi mendengar suara kucing kelaparan. Dia pulang ke rumah mendapatkan sekeping daging. Bukankah menolong haiwan juga sedekah? Dia memberikan daging itu kepada kucing yang lapar tadi.

Apabila pulang ke rumah, isterinya bercerita:
" Ketika anaknya yang tidak sihat itu berada dalam gendongannya, tiba-tiba seekor burung besar berwarna hitam datang dari arah langit untuk menyambarnya. Saya terus memeluknya tanpa berfikir panjang apa yang patut dilakukan. Namun secara tiba-tiba, datang seekor kucing yang menerkam. Burung itu lari "
Syaikh Abdul Hadi tersenyum gembira. Keesokannya, dengan izin ALLAH, anaknya sihat dan mula boleh bermain-main bersama kawannya. Itu tentunya berkat sedekah kepada kucing.

No comments:

Post a Comment