Friday 4 November 2016

JIKA KUCING TERKENA KATAK BERACUN

Sesetengah katak (seperti spesies jenis Bufo) amat beracun dan boleh mendatangkan masalah serius. Bagi sesetengah katak, racunnya (potent toxin) terdapat pada air liurnya.
Racun yang terdapat pada air liur katak adalah sangat beracun sehinggakan jika ia terkena pada mulut atau mata kucing, tindak balas ganas akan berlaku dalam masa beberapa minit sahaja. Racun ini akan merebak jantung dan sistem saraf kucing. Maut boleh berlaku sesingkat 30 minit jika rawatan kecemasan tidak diberikan segera.


Beberapa petanda kucing mengalami keracunan dair katak:
§  Air liur meleleh dalam kuantiti yang banyak
§  Asyik menggelengkan kepala
§  Tubuh menggigil dan menggeletar
§  Hilang koordinasi tubuh
§  Sukar bernafas
§  Sawan
§  Koma
§  Gusi menjadi pucat atau putih
§  Jantung berdegup dengan pantas
§  Sukar bernafas

Sekiranya kucing anda menunjukkan petanda terkena katak beracun, anda perlu:
Langkah 1:        Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar ataupun dalam ketakutan, anda perlu menggunakan sedikit paksaan (pegang ia dengan kuat) supaya ia bertenang.
Langkah 2:         Cuci bahagian mulut dengan air bersih yang banyak. Hati-hati! Jangan sampai kucing anda lemas dalam air tersebut. Sengetkan kepalanya dan mengarah ke bawah agar air tidak mudah masuk ke dalam tekaknya.



Langkah 3:           Bersihkan biji mata kucing dengan menggunakan air bersih yang banyak. Ini bukan masanya untuk penjimatan air.
Langkah 4:           Sekiranya kucing tidak sedarkan diri, panaskan badannya dengan menyelimutinya atau dengan menggunakan jaket atau apa sahaja yang sesuai.
Langkah 5:           Bawakan kucing ke klinik ke segera.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment