RASULULLAH SAYANGI KUCING


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/


Setiap Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong mueeza (nama kucingnya) dan baring di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan, seolah-olah mengikut lantunan suara azan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan seperti keluarga Baginda sendiri.

Pernah juga Baginda mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.

Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu bukan najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Mengapa Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa kucing adalah suci dan bukan najis?

Pada kulit kucing, terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing terlindung oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.

Malahan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Berbagai penelitian telah dilakukan terhadap kucing dari segi pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sampel dengan usapan. Di samping itu, penanaman bakteria juga dibuat pada bahagian-bahagian khususnya. Cecair khas utama yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Keputusan yang diperoleh adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan banteria, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbezaan bakteria yang ditanamkan memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.

3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.

4. Sekalinya pun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.


Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen Para Doktor dalam bidang berkaitan:

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di  klinik haiwan Damaskus, Sa'id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki alat pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya adalah supaya bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tiada bakteria pada tubuh kucing.

Dan, hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan mendapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

Sisa makanan kucing hukumnya ialah suci. Hadis Kabsyah binti Ka'b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu'. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air ke dalam bekas sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Lihatlah." Abu Qatadah berkata, "Adakah kamu hairan?" Ia menjawab, "Ya." Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW prnh bersabda, "Kucing itu bukan najis. Ia binatang yang suka merayau di rumah (binatang rumahan),"
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan daripada Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu' untukku ke dalam bekas."
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke arah bekas. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bekas tersebut. Melihat itu, Nabi berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu'. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan daripada Daud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa anaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang sembahyang. Lalu, dia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Malangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.

Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah kemudian membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berjalan ke sana." Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu' dari sisa jilatan kucing, (HR al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 


Hadis ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh sebab itu, kucing adalah binatang, di mana badan, keringat, bekas dari sisa makanannya adalah suci.

No comments:

Post a Comment