Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/
Pengguguran bulu boleh menjadi masalah yang besar bagi setiap pemilik kucing. Tentunya untuk membersihkan bulu-bulu yang gugur satu tugas yang tidak menyeronokkan, bukan?
Berikut
adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk mengawal pengguguran bulu:
1. Pilih berus yang
betul
Kucing menggugurkan
bulunya secara bermusim. Kucing yang banyak menggugurkan bulu pula harus
diberus bulunya setiap hari. Pemilihan jenis berus juga memainkan peranan. Jika
kucing anda mempunyai bulu panjang yang sering melekat antara satu sama lain
dan bergumpal (mat), gunakan alat
khas yang dipanggil ‘mat removing tool’
untuk meleraikan bulunya. Anda juga digalakkan menggunakan conditioner bagi bulu dalam bentuk semburan agar bulu menjadi sihat
dan tidak mudah gugur.
2. Ubah diet
Bulu yang baik dan
sihat bermula daripada diet yang sihat. Beri kucing anda makan makanan yang
mengandungi asid lemak Omega 3 dan Omega 6. Ia menjadikan bulu kucing sihat dan
mengurangkan pengguguran bulu.
3. Tutup perabot
Cara yang paling
mudah untuk mengelakkan perabot anda daripada terkena bulu kucing adalah dengan
menggunakan sarung perabot khas bagi tujuan ini. Ianya boleh digunakan
sepanjang masa atau ketika musim bulu kucing banyak gugur.
4. Mandikan selalu
Mandian tidak hanya
menghilangkan bau yang tidak sedap. Mandian yang baik membantu untuk membuang
bulu-bulu yang telah gugur dan juga lebihan minyak yang terdapat pada bulu dan
kulit kucing. Jika kucing anda tidak suka mandi, anda juga boleh mengelap tubuhnya
menggunakan kain basah walaupun kesannya tidak seperti mandi.
5. Perabot kucing
sendiri
Jika kucing
diberikan perabot lama miliknya, biasanya ia tidak akan mengganggu perabot anda
yang lain. Saya memberi kucing saya set sofa kecil yang tidak lagi digunakan
oleh anak kecil saya dan hasilnya, kucing saya tidak lagi mengganggu perabot
saya yang lain.
6. Kawal alahan dan
kutu
Jika kucing anda
diserang alahan atau kutu, ia akan menggaru dan ini akan mengakibatkan banyak
bulu gugur. Ubat seperti Frontline atau Advantage dapat ‘menghalau’ kutu. Jika kucing
anda sudah dijangkiti kutu, gunakan syampu kutu yang akan membunuh kutu dan
juga telur-telurnya sekali. Selepas itu, gunakan serbuk borate powder untuk mengelak daripada jangkitan lanjutan. Jika ini
semua tidak berkesan, bawa kucing ke klinik.
7. Pemeriksaan kesihatan
Banyak penyakit
yang boleh mengakibatkan bulu kucing gugur dan juga kulit menggelupas. Bawa kucing
anda ke klinik dengan kerap bagi mencegah penyakit jenis ini.
Sumber rujukan:
“Panduan Penting Penjagaan & Rawatan
KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.