Monday 7 November 2016

TERTELAN TALI ATAU BENANG

Kucing amat gemar bermain dengan tali dan benang seperti yang kita sedia maklum. Namun di dalam keasyikan ini, lambat laun ia akan tertelan benang atau tali. Lebih-lebih lagi jika kucing suka menguyahnya. Sekiranya tali atau benang yang tertelan itu panjang, ia mungkin akan akan menyebabkan saluran usus (intestinal tract) menjadi tersumbat. Di dalam kes yang serius, usus boleh menjadi doktor. Ini memerlukan pembedahan.
Pernah terjadi di mana kucing tertelan benang bersama jarum sekali. Adakalanya jarum akan masuk ke dalam perut dan dan ini mesti dikeluarkan melalui pembedahan. Di ketika lain pula, jarum boleh tersangkut pada tekak atau bahagian atas mulut kucing.

Beberapa perkara yang harus anda beri perhatian adalah sekiranya terdapat tali atau benang yang terkeluar dari mulut atau dubur kucing, muntah dan hilang selera makan.

Sekiranya kucing tertelan benang atau tali:

Langkah 1:           Dekati kucing dengan berhati-hati. Jika kucing ketakutan atau resah, anda perlu menggunakan sedikit kekerasan agar dapat memegangnya dengan erat.

Langkah 2:        Periksa mulut dan lubang dubur kucing. Jika tidak kelihatan sebarang benang atau tali, pergi ke Langkah 3.
                                       Sekiranya  kelihatan benang atau tali pada mulut atau lubang dubur kucing, tarik dengan perlahan. Sekiranya ia sukar ditarik keluar, berhenti dan jangan terus menarik!
                                      Potong tali atau benang tersebut seberapa banyak yang boleh dan pergi ke Langkah 3.

Langkah 3:       Beri kucing satu sudu teh white petroleum jelly (seperti Vaseline). Dengan menggunakan kadar yang sedikit setiap masa, sapukan jeli tersebut pada mulut dan tapak kaki kucing. Biarkan kucing menjilatnya.
                                       Apabila kaki menjilat jeli ini ke dalam mulutnya, ia akan menjadi seperti minyak pelincir di mana ia akan membantu untuk mengeluarkan tali atau benang tadi keluar bersama najis kucing.

Langkah 4:        Jika kucing muntah atau tidak mahu makan, bawa ke klinik dengan segera.





Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment