Wednesday 9 November 2016

9 PENYEBAB UTAMA MUNTAH


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Seringkali kita menjadi kelam-kabut apabila kucing muntah. Kebanyakan muntah senang dirawat melainkan jika terdapat darah dan cecair hempedu (bile) pada muntah tersebut.

Berikut adalah beberapa penyebab muntah:

1.   Hairballs
Penyebab nombor satu kucing muntah kemungkinan ialah ‘hairballs’. Hairballs ini merupakan gumpalan bulu yang terdapat dalam perut kucing.
Semasa membersihkan dirinya, kucing akan menjilat bulunya dan sebahagian bulu tersebut akan tertelan. Biasanya bulu ini akan melewati bulu tersebut saluran usus kucing dan keluar bersama najisnya. Kadangkala, jika terdapat terlalu banyak bulu, bulu tersebut akan tersumbat. Apabila sudah tersumbat, kucing akan cuba mengeluarkannya dengan memuntahkan keluar.
Sekiranya kucing anda memuntahkan hairballs ini pada kadar lebih dari dua kali sebulan, anda harus memerhatikannya. Anda boleh memberinya makanan yang khusus untuk hairballs ataupun dapatkan rawatan doktor jika masalah terlalu serius.

2.   Makan terlalu gelojoh
Kucing akan makan dengan gelojoh kerana sifat semula jadinya memang begitu. Jika terdapat lebih daripada seekor kucing dan hanya terdapat satu mangkuk makanan, kucing akan makan secara gelojoh untuk memastikan ‘kawannya’ tidak memakan bahagiannya. Lebih-lebih lagi jika makanan yang terdapat di dalam makanan adalah sedikit. Anda boleh letakkan lebih daripada satu mangkuk makanan agar kucing tidak berebut makanan.
Apabila kucing makan dengan gelojoh (terlalu pantas), makanan tersebut tidak dapat dihadam dengan betul dan ini menyebabkan ia muntah.

3.   Makan benda yang tidak mudah dihadam
Kucing amat suka menggigit dan menguyah segala jenis benda seperti rumput, karpet, surat khabar, plastik, kertas tisu dan benda-benda kecil. Apabila kucing tertelan benda-benda ini, kucing akan cuba memuntahkannya keluar.
Sekiranya benda yang ditelan terlalu besar, kucing mungkin akan tercekik dan boleh mengakibatkan maut.

4.   Pertukaran diet
Adakalanya kucing akan muntah disebabkan oleh pertukaran diet yang mendadak. Sekiranya anda ingin menukar makanan kucing anda, lakukan secara berperingkat.

5.   Ketidakserasian pada jenis makanan
Apabila kucing mengalami tindak balas alahan pada ramuan dalam makanannya, ia akan muntah. Ini merupakan sistem semula jadi kucing untuk memastikan tubuhnya sihat. Antara makanan yang memberi tindak balas alahan adalah seperti ikan, daging lembu, telur, gandum dan susu. Kucing anda mungkin mengalami alahan hanya setelah beberapa tahun memakan makanan tersebut.

6.   Jangkitan
Jangkitan seperti salmonella, giardia dan beberapa yang lain bagi juga boleh mengakibatkan muntah. Bawa kucing ke klinik jika ini berlaku.

7.   Mahluk parasit
Satu lagi penyebab muntah adalah mahluk parasit. Ini termasuk cacing hookworm, roundworm, tapeworm dan whip worm. Selain muntah, kucing yang dijangkitin akan menjadi lemah, turun berat badan, cirit-birit dan perut menjadi buncit. Bawa kucing ke klinik untuk rawatan.

8.   Racun
Kucing yang tertelan ubatan, tanaman beracun dan segala jenis racun yang lain akan memberi tindak balas dengan memuntahkannya keluar. Bawa kucing ke klinik dengan segera.
Anda boleh bantu kucing untuk muntah dengan memberinya satu sudu teh cecair hydrogen peroxide sekali setiap 10 minit ataupun dengan meletakkan suku sudu teh garam di bawah lidah kucing.

9.   Punca lain
Terdapat banyak lagi punca muntah. Antaranya ialah mabuk kereta. Sekiranya anda membawa kucing menaiki kereta, pastikan anda tidak memberinya makan sebelum memulakan perjalanan.
Penyebab muntah lain yang lebih serius adalah seperti heatstroke, penyakit buah pinggang, uremia, penyakit hati dan penyakit kelenjar adrenal (adrenal gland disease).
Jika kucing muntah bersama darah atau cecair hempedu, bawa ke klinik dengan segera.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment