MENGENAI KAMI


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

C a l i c o   c a t h o u z   pakar dalam pembuatan Rumah Kucing yang direka untuk menjadi tempat yang selamat dan menyeronokkan untuk kucing anda.

Terdapat tukang kayu yang berpengalaman, tetapi kebanyakannya tidak tahu mengenai kucing. Dan orang yang benar-benar tahu tentang kucing pula tidak begitu mahir apabila melibatkan kerja kayu. Dengan kemahiran merekabentuk & pertukangan kayu selain kami mempunyai beberapa ekor kucing yang dibela – kami menggabungkan pengalaman kami dalam industri pembinaan dengan pengetahuan kami mengenai kucing.

Dengan 'Outdoor Cats House', kucing anda boleh mengakses kepada semua pemandangan dan bunyi di halaman anda dalam kandang yang selamat dan kukuh. 

'Outdoor Cats House' boleh menjadi struktur yang terpisah dari rumah asal atau disambungkan ke rumah anda dengan akses untuk kucing melalui pintu  pada tingkap atau dinding.

Kucing anda boleh duduk santai tinggi di atas rak para, atau berbaring menghadap sinar matahari. Kucing anda amat menyukai akses ke luar rumah dan anda pula akan gembira apabila mengetahui bahawa kucing anda adalah selamat dan dilindungi.

'Outdoor Cats House' adalah ruang untuk anda meluangkan masa bersama kucing anda. Jika anda mempunyai anjung yang terlindung maka ia amat sesuai dijadikan tempat perlindungan kucing anda.

No comments:

Post a Comment