Tuesday 8 November 2016

CARA MENGHENTIKAN PENDARAHAN


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Kadangkala kucing akan mengalami pendarahan atas pelbagai sebab seperti kemalangan, pergaduhan dan sebagainya. Sekiranya pendarahan yang dialami hanya sedikit dan mampu untuk berhenti secara sendiri, tidak perlulah anda risau. Yang menjadi masalah adalah jika pendarahannya agak banyak dan tidak berhenti. Ini yang patut anda beri perhatian.
Salah satu aspek penjagaan kucing yang baik adalah mengetahui bagaimana untuk menghentikan pendarahan. Tujuan utama memberi bantuan kecemasan kepada kucing yang mengalami pendarahan serius ialah untuk menghentikan pendarahan ini. Pendarahan yang banyak akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua mahluk termasuk juga kucing.
Tekanan yang diberikan pada tempat pendarahan membolehkan darah untuk ‘menebal’ (clotting) dan seterusnya pendarahan akan berhenti ibarat tayar bocor yang telah ditampal. Proses ini sebenarnya amat rumit dan secara ringkasnya sel-sel darah terbentuk seakan-akan tembok pada permukaan luka dan ini menghentikan darah daripada terus mengalir ke luar tubuh. Atas sebab inilah mengapa anda tidak boleh membuka dressing yang baru sahaja dilekatkan.
Bagi pendarahan dalaman (internal bleeding) pula, adalah lebih sukar untuk anda pastikan kerana lukanya tidak boleh dilihat pada luaran. Kucing juga boleh mengalami kejutan. Petanda-petanda yang harus anda perhatikan bagi menentukan pendarahan dalaman ini adalah seperti gusi yang pucat atau putih dan juga degupan jantung dan pernafasan yang jauh lebih pantas daripada biasa.

Sekiranya darah memancut keluar, ini bermakna salah satu urat atau pembuluh darah yang besar telah putus. Ini memerlukan rawatan doktor dengan segera. Kalau lambat, akibatnya adalah maut.

Ada beberapa cara untuk menangani pendarahan bagi situasi yang berbeza. Berikut akan saya terangkan sedikit sebanyak:
Pendarahan di kepala atau dada
Langkah 1:           Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu gunakan sedikit paksaan (memegangnya dengan kuat) supaya ia bertenang.
Langkah 2:           tutupkan tempat luka dengan menggunakan tuala bersih, sterile gauze pad atau kertas napkin – yang penting anda dapat menghentikan pendarahan. Tahap ini dipanggil dressing.




Langkah 3:           Lilitkan kain bandage atau apa-apa kain yang lembut ke seluruh badan kucing. Lilitkan bersama dressing yang dibuat pada Langkah 2 di atas. Pastikan lilitan anda tidak terbuka. Gunakan klip, dressing tape atau apa-apa yang sesuai.




Langkah 4:           Bawa kucing klinik dengan segera.

          Pendarahan di kaki, tapak kaki atau ekor
Langkah 1:           Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu gunakan sedikit paksaan (memegangnya dengan kuat) supaya ia bertenang.
Langkah 2:           Cukur bulu di sekitar kawasan lua.
Langkah 3:           Periksa luka jika terdapat serpihan kaca atau apa-apa objek yang tidak sepatutnya berada di situ. Jika jelas kelihatan, keluarkan objek tersebut dengan menggunakan jari atau penyepit (tweezers). Sekiranya lukanya besar ataupun tisu dalam kulit jelas kelihatan, kucing mungkin memerlukan jahitan bagi lukanya.




Langkah 4:           Cuci luka dengan menggunakan air yang banyak. Jangan gunakan bahan antiseptik (pembunuh kuman) yang biasa kita gunakan seperti Dettol kerana kucing mungkin menjilatnya. Bahan antiseptik yang khusus untuk manusia mungkin terlalu ‘kuat’ untuk kucing dan boleh mendatangkan lebih kemudaratan daripada kebaikan.
Langkah 5:           Tutup luka dengan menggunakan kain bersih, sterile dressing atau kertas napkin. Ini dipanggil dressing.
Langkah 6:           Tekankan tangan anda pada dressing yang telah anda buat pada Langkah 5 di atas.
Langkah 7:           Terus tekan pada dressing untuk hentikan pendarahan. Sekiranya dressing menjadi basah kerana terlalu banyak darah, jangan buang. Sebaliknya letakkan lebih banyak dressing sehingga pendarahan berhenti.
                                      Sekiranya pendarahan tidak berhenti selepas lima minit, bawa ke klinik dengan segera sambil menekan dressing sepanjang perjalanan ke klinik.
Langkah 8:           Lilitkan kain bandage atau apa-apa  kain yang lembut ke seluruh badan kucing. Lilitkan bersama dressing. Pastikan lilitan anda tidak terbuka. Gunakan klip, dressing tape atau apa-apa yang sesuai.
Langkah 9:           Sekiranya luka besar atau dalam dan memerlukan jahitan, bawa kucing ke klinik dengan segera. Luka yang besar dan dibiarkan terdedah akan mengundang jangkitan!

Pendarahan di telinga
Langkah 1:           Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu menggunakan sedikit paksaan (memegangnya dengan kuat) supaya ia bertenang.
Langkah 2:           Tutup luka dengan menggunakan kain bersih, sterile dressing atau kertas napkin. Jangan terperanjat jika terdapat banyak darah kerana telinga yang luka biasanya banyak mengeluarkan darah.
                                      Tekan pada luka sehingga pendarahan berhenti. Biasanya pendarahan pada telinga kucing akan berhenti dalam masa lima minit setelah diberi tekanan pada lukanya.





Pendarahan di daerah kuku
Langkah 1:           Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu gunakan sedikit paksaan (memegangnya dengan kuat) suapaya ia bertenang.
Langkah 2:           Jangan potong atau buang kuku yang telah rosak.
Langkah 3:           Tekan pada tapak kaki kucing sehingga kukunya kelihatan.
                                      Letakkan ibu jari anda pada bahagian atas kaki (paw) kucing berdekatan dengan kukunya. Jari telunjuk anda seharusnya berada pada bawah tapak kaki (di bahagian yang lembut di mana kucing memijak tanah).
                                      Picit kaki dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda sehingga kuku kucing kelihatan.
Langkah 4:           Apabila kuku kucing kelihatan terkeluar, tekankan bahagian yang luka dengan menggunakan kain bersih, sterile dressing atau kertas napkin. Pendarahan akan berhenti dalam masa beberapa minit.
Langkah 5:           Sekiranya kucing berada dalam kesakitan ataupun pendarahan tidak berhenti setelah beberapa minit, bawa kucing ke klinik dengan segera. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Pendarahan di hidung (akibat luka di hidung)
Langkah 1:           Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu gunakan sedikit paksaan (memegangnya dengan kuat) supaya ia bertenang.
Langkah 2:           Letakkan ice pack pada bahagian atas hidung kucing di antara matanya. Anda juga boleh membuat ice pack sendiri di rumah dengan meletakkan beberapa ketul air batu pada kain.
Langkah 3:           Tutup bahagian hidung yang berdarah dengan menggunakan kain bersih, sterile dressing atau kertas napkin.




Langkah 4:           Pegang dengan kuat sehingga pendarahan berhenti.
Langkah 5:     Sekiranya tiada kesan luka pada hidung kucing, pendarahan ini mungkin disebabkan oleh sesuatu yang lebih serius – bawa kucing ke klinik dengan segera.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

1 comment:

  1. Promo BOLASINGA :
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus Cashback Slots dan Sportbooks Up To 15%
    - Bonus Rollingan Casino 0.8%
    - Bonus Rollingan Poker 0.2%
    - Bonus Referral All Games 2.5%
    - Bonus Referral Rollingan Sportbooks 0.1%

    Ayuk daftar dan bermain bersama kami di www . bolasinga . net

    Info lebih lanjut hubungi :

    Whatsapp : +855 16 326 804
    Instagram : bolasingaofficial
    Twitter : Singa Bola
    http://www.fcarema.com/
    #prediksibola #taruhanbola #agenbola #bandarbola #bola #bolaonline #pokeronline

    ReplyDelete