Monday 7 November 2016

SUSAH KENCING BOLEH MATI?


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Penyakit saluran kencing atau Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) merupakan suatu penyakit yang sering berlaku. Ia dialami oleh kedua-dua kucing jantan dan betina. Namun, bahayanya lebih kepada kucing jantan oleh kerana bentuk anatomi kucing jantan itu sendiri. Kucing jantan mempunyai saluran kencing (urethra) yang teramat kecil bersambung dari pundi kencing (urinary bladder) hingga ke kemaluannya (penis).

Di kebanyakan kes, keradangan pundi kencing (inflammation of the bladder) menyebabkan terjadinya kristal-kristal pada air kencing. Ini akan menyebabkan saluran kencing kucing jantan menjadi tersumbat dan kucing akan berasa sakit apabila kencing. Kucing betina tidak akan  tersumbat saluran kencingnya akibat kristal-kristal ini kerana saluran kencing kucing betina amat besar.
Petanda kucing jantan sedang mengalami penyakit ini adalah seperti:
§  Memaksa diri bila kencing seakan sembelit’
§  Hanya beberapa titis air kencing yang seluar
§  Meraung kesakitan apabila kencing
§  Menjilat kemaluan secara kerap

Sekiranya saluran kencing kucing tersekat dan ia tidak boleh kencing, buah pinggang kucing akan hilang kemampuannya untuk mengeluarkan bahan kotor daripada darah. Ini akan menyebabkan pengumpulan produk-produk sampingan nitrogen (nitrogen byproducts) dalam darah yang diberi nama uremia. Kucing jantan yang mengalami uremia berserta dengan muntah akan mati jika tidak dirawat dengan segera.

Jika kucing anda mengalami Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD):
Bagi kucing jantan
Langkah 1:           Dekati kucing dengan berhati-hati. Jika kucing ketakutan atau resah, anda perlu menggunakan sedikit kekerasan agar dapat memegangnya dengan erat.
Langkah 2:           Periksa jika terdapat sebarang benda yang tersekat pada kemaluannya.
                                      Letakkan tapak tangan anda pada perut kucing betul-betul di hadapan kaki belakangnya. Pastikan jari-jemari anda terbuka luas.
                                      Tutup jari-jemari anda.
                                      Sekiranya kucing meraung kesakitan atau anda dapat merasakan suatu objek besar atau besar, kemungkinan besar saluran kencing kucing tersebut. Pergi ke Langkah 3. Jika tidak, pergi Langkah 6. Jika tidak, pergi ke Langkah 6.
                                      Objek yang besar dan keras itu sebenarnya pundi kencing yang sudah tersumbat (distended urinary bladder).
Langkah 3:           Dapatkan bantuan seseorang untuk menekan bahu kucing agar kucing tertiarap dan tidak boleh bergerak. Ini harus dilakukan dengan menggunakan satu tangan sahaja. Tangan yang lagi satu pula digunakan untuk memegang kaki belakang kucing.
Langkah 4:           Angkat ekor kucing sehingga kelihatan lubang duburnya.
Langkah 5:           Gunakan jari anda untuk menolak dan menarik hujung kemaluannya. Ini dapat membantu mengeluarkan kristal-kristal yang tersumbat pada saluran kemaluan kucing. Kristal-kristal ini ibarat seperti batu karang.
                                      Proses ini dikirakan berjaya apabila kucing mula kencing semasa anda melakukan proses ini.
Langkah 6:           Hubungi doktor haiwan dengan segera.

Bagi kucing betina
  §  Tiada sebarang rawatan yang berkesan bagi kucing betina. Hubungi doktor   haiwan walaupun keadaan ini tidak mengancam jiwa.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment