Tuesday 1 November 2016

KUCING DAN MINYAK ESSENTIAL

Ketika ini, terdapat banyak rumah yang mempunyai pasu bagi minyak wangi yang mana pati minyak wangi dibakar di dalam pasu-pasu sebegini. Pati minyak wangi ini tergolong dalam jenis yang dinamakan essential oil. Baunya memang amat kuat dan wangi namun tahukah anda ini boleh mendatangkan mudarat kepada kucing?
Seingat saya pernah satu masa dahulu didapati beberapa jenis minyak essential bermanfaat bagi kucing dan digunakan bagi rawatan kutu telinga (ear mites), stres dan juga masalah pernafasan. Kebelakangan ini, terdapat bukti baharu yang mengatakan bahawa ia sebenarnya berbahaya pada kucing jika diminum ataupun jika terkena pada kulit kucing. Malah, kucing boleh sakit jika menghidu minyak essential ini pada dos yang banyak.
Jika kucing menghidu minyak essential ini, organ tubuhnya yang paling cepat memberi tindak balas negatif adalah hatinya. Tidak seperti hati manusia, hati kucing tidak dibekalkan dengan keupayaan untuk memproses ribuan bahan kimia berbahaya yang berada pada minyak essential ini. Jika kucing terminum minyak essential, kesannya akan lebih cepat dan serius. Jika dibiarkan perkara ini secara berterusan, hati kucing boleh menjadi rosak dan kemungkinan maut bergantung kepada tahap pendedahan terhadap minyak essential ini.

Antara jenis bauan minyak essential yang amat berbahaya pada kucing adalah seperti:
§  Lavender
§  Peppermint lemon
§  Tea tree
§  Melaleuca
§  Wintergreen
§  Cinnamon bark
§  Birch
§  Thyme

Apa yang harus diperhatikan adalah minyak essential anda tidak mengandungi bahan aktif phenol.


Sumber rujukan:

Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment