Tuesday 8 November 2016

KENAPA ANAK KUCING CIRIT-BIRIT?


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Beberapa penyebab cirit-birit bagi anak kucing mudah dirawat sendiri sementara ada yang agak rumit dan perlukan rawatan doktor.

Berikan anak kucing masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau suasan baharunya. Suasana dan keadaan yang baharu amat memberi tekanan pada anak kucing dan boleh menyebabkan sembelit, cirit-birit dan pelbagai penyakit lain. Sekiranya cirit-birit tidak berhenti dalam masa 24 jam, anda perlu bawa ke doktor dengan segera. Doktor mungkin akan menjalankan proses yang dipanggil cat enema di mana najis kucing akan dikorek keluar melalui lubang duburnya.

4 penyebab utama anak kucing dapat cirit-birit:
§  Mahluk parasit
Pada amnya, anak kucing mempunyai sekurang-kurangnya satu atau lebih jenis cacing atau mahluk parasit yang boleh mengakibatkan cirit-birit. Sejenis cacing yang dipanggil roundworm selalu berada dalam tubuh anak kucing dan ianya diperolehi melalui ibu kucing.
Cacing roundworm menyebabkan perut menjadi buncit. Jenis-jenis cacing lain yang boleh didapati pada anak kucing adalah seperti whipworms, hookworms dan tapeworms. Kesemua parasit ini boleh mengakibatkan hilangnya selera makan, cirit-birit dan muntah-muntah.
Ubat bagi kucing amat mudah didapati di kedai keperluan haiwan, tetapi jika cacing masih ada setelah anda berika kucing anda ubat, anda perlu bawa kucing anda berjumpa doktor kerana anda mungkin tidak memberi ubat yang sesuai bagi jenis cacing yang ada.

§  Susu
Seringkali kita perhatikan ramai yang memberi susu kepada anak kucing. Amat menyeronokkan melihat mereka menjilat susu bukan? Malangnya kebanyakan kucing alah terhadap kandungan lactose yang terdapat dalam susu. Tambahan pula, kucing tidak mampu menghadam susu lembu.
Selain cirit-birit, susu juga boleh mengakibatkan sembelit pada kucing. Jika anda ingin memberi susu, anda boleh dapatkan susu yang dirumus khas untuk kucing dan ia banyak dijual di pasar raya.

§  Feline leukemia (FeLV)
Feline leukemia merupakan suatu jenis penyakit yang sehingga hari ini tiada ubatnya. Ianya diakibatkan oleh sejenis virus yang diberi nama retrovirus. Anak kucing amat mudah dijangkiti daripada kucing lain yang telah dijangkiti melalui air liur dan cecair tubuh.
Jangan biarkan anak kucing anda bermain dengan kucing lain tanpa pengawasan atau membiarkannya bergaul dengan kucing lain yang tidak diketahui tahap kesihatannya. Kucing yang telah dijangkiti FeLV masih mampu menjalani hidup secara normal tetapi memerlukan penjagaan yang rapi.

§  Colitis
Colitis merupakan bengkak pada dinding dalaman usus (inflammation of intestinal lining). Ia mungkin serius dan mungkin juga tidak tetapi boleh dikawal dengan diet yang rendah lemak dan tinggi serat.



Tanda-tanda bahaya
Sekiranya petanda-petanda cirit-birit berlarutan lebih-lebih lagi jika terdapat darah pada najis atau najis yang sangat berair, bawa anak kucing ke doktor dengan segera.
Cirit-birit yang serius boleh menyebabkan anak kucing kehilangan cecair dengan banyak dan ini boleh membawa maut.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

1 comment:

  1. Sementara tunggu klinik buka esok..apa yg perlu sy buat...kesian dengan Hitam..warghhh

    ReplyDelete