Wednesday 2 November 2016

TANDA-TANDA AWAL KUCING SEDANG SAKIT

Sekiranya anda mempunyai  ilmu untuk memahami apa yang dikatakan oleh haiwan, tentu seronok, bukan? Oleh kerana ketiadaan ilmu ini, kita sering terpinga-pinga apa yang ingin dikatakan haiwan peliharaan kita walaupun secara firasat kita dapat merasakan ia ingin mengatakan sesuatu kepada kita.
Walaupun haiwan tidak dapat bertutur kepada manusia di dalam bahasa yang kita fahami tetapi ada beberapa petanda yang boleh kita perhatikan dalam mengetahui sama ada kucing kita sihat atau tidak.
Jika kucing anda mempamerkan sifat-sifat seperti berikut, kemungkinan besar ia sedang menghadapi masalah kesihatan dan anda perlu membawanya ke doktor haiwan dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.


Antara petanda kucing sedang sakit adalah seperti berikut:
§  Muntah-muntah yang berterusan selama beberapa jam
§  Cirit-cirit – jika berlaku lebih dari 24 jam
§  Mempunyai masalah atau sakit semasa buang air besar atau kecil
§  Terdapat kesan darah pada air kencing atau najis
§  Peningkatan atau penurunan selera makan atau minum
§  Berat badan turun secara mendadak
§ Kerap minum air atau tidak mahu minum – kucing yang tidak mahu minum lebih 12 jam akan mengalami kerosakan organ yang serius
§  Sering buang air kecil
§  Benjolan di mana-mana bahagian tubuh
§  Terdapat kesan digigit binatang lain – ini sangat bahaya
§  Bengkak pada tubuh
§  Batuk yang berlanjutan
§  Kesukaran ketika bernafas
§ Asyik bersin – sehingga lubang hidung menjadi merah dan hingus yang keluar berwarna kehijauan
§ Air liur yang banyak – hingga meleleh tidak henti dan kelihatan selekeh.
§  Sawan
§  Pendarahan di rongga – hidung, mulut dan hingga
§  Meraung kesakitan apabila disentuh walau dengan perlahan
§  Asyik baring sepanjang hari
§  Mata kelihatan tertutup oleh selaput kulit – third eyelid
§  Bulu yang tidak bersinar dan gugur
§ Sering marah – kucing mudah menjadi marah semasa menahan sakit yang amat
§ Gusi yang kelihatan putih – petanda anemia iaitu kekurangan sel darah merah; gusi yang normal berwarna merah jambu
§ Gusi yang kelihatan kekuningan – petanda masalah hati
§ Gusi yang kelihatan kebiruan – kekurangan oksigen yang disebabkan oleh masalah pernafasan atau keracunan
§  Kadar denyutan nadi yang terlalu rendah atau tinggi – denyutan nadi yang normal adalah dalam anggaran 160-220 denyutan seminit
§ Air mata yang berlebihan sehingga menjadi kerak yang tebal di keliling mata
§  Kucing pengsan
§  Kucing jalan terhoyong-hayang macam habuk
§  Kucing mengalami masalah semasa buka/tutup mulut



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment