Wednesday 2 November 2016

SEKIRANYA KUCING ANDA DISERANG

Biasanya, kucing yang sering merayau di luar rumah besar kemungkinan terdedah kepada risiko diserang oleh binatang lain termasuk juga penganiayaan oleh manusia.
Kalau kucing anda jenis yang malu-malu kucing (tidak pandai melawan), makin besarlah risiko ia diserang. Sekiranya ia jenis yang pandai melawan, sekurang-kurangnya tidaklah teruk ia diserang. Jika kita ingin menerima hakikat, hukum alam menunjukkan yang lemah sering menjadi mengsa kepada yang kuat.
Sekiranya anda merasakan kucing anda terlibat di dalam sebarang pergaduhan anda harus membuat pemeriksaan secara visual terhadap keseluruhan tubuhnya untuk mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang kesan luka.
Ingin saya ingatkan di sini, sekiranya terdapat kesan gigitan, masalah selalunya lebih rumit. Jika tubuh kucing anda terdapat puncture wound iaitu lubang kecil (atau besar) sehingga anda dapat lihat daging di dalam lubang tersebut, ini bermakna kucing anda mungkin telah digigit.
Gigitan terutamanya daripada anjing atau kucing lain diibaratkan sebagai suatu suntikan yang mengandungi kandungan bakteria yang banyak kepada tubuh si mangsa. Seperti yang kita ketahui, bakteria amat mudah dan cepat membiak.
Sekiranya anda membiarkan sahaja kucing anda yang telah digigit tanpa mendapat sebarang rawatan doktor dan jika lukanya sedikit sahaja, anda mungkin akan dapati luka tersebut sembuh dalam masa beberapa hari.
Tetapi, jangan tertipu! Walaupun pada permukaan kulit nampak sembuh, apa yang penting ialah di bawah permukaan kulit tersebut yang mana bakteria telah merebak ke seluruh anggota tubuh. Jangkitan yang serius mungkin berlaku bila-bila masa saja.

Anda harus membawa kucing anda ke doktor jika ia digigit dan menunjukkan tanda-tanda seperti:
§  Lubang gigitan yang besar dan tidak dapat tutup dengan sendiri
§  Lebam di sekitar kawasan gigitan
§  Kucing lemah dan pucat lesi

Rawatan
Jika luka yang dialami hanyalah sedikit, anda dapat merawatnya sendiri di rumah. Gunting bulu kucing sebanyak yang mungkin di sekitar kawasan gigitan. Cuci luka tersebut dengan menggunakan bahan antiseptik. Jika tiada antiseptik, anda juga boleh gunakan garam yang dicampur dengan air suam. Jika boleh, jangan tutup luka tersebut. Ini bagi membantu mempercepatkan proses pengeringan luka.
Jika anda dapati luka menjadi bengkak atau kemerah-merahan, anda harus segera ke doktor kerana infeksi (jangkitan) sedang berlaku dan rawatan segera diperlukan.

Jika digigit kucing
Bagi kucing yang digigit anjing, tidak kiralah sama ada serius  atau tidak, saya menasihati anda agar terus bawa ke doktor. Anjing, semasa menggigit kucing, biasanya akan menggoncang atau menghayun kucing dengan kuat apabila menggigitnya. Selain mampu mematahkan tulang belakang kucing (jika kucing), ia juga boleh merosakkan organ dalaman kucing.
Saya pernah mengalami sendiri di mana saya melihat sendiri seekor kucing yang digigit dan dihayun oleh beberapa ekor kucing. Selepas itu, saya hanya biarkan kucing tersebut berehat dan tidak membawanya ke klinik kerana saya tidak menjumpai sebarang kesan luka. Selang tiga hari, kucing itu mati akibat jangkitan yang dialami semasa digigit. Sehingga hari ini, saya masih menyesal kerana tidak mendapatkan rawatan doktor bagi kucing itu.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment