Thursday 3 November 2016

10 SEBAB JANTUNG KUCING BERDEGUP DENGAN PANTAS

Adakalanya jantung kucing akan berdegup dengan pantas. Ini dipanggil feline heart murmur. Bunyi ini terjadi apabila darah menderu keluar dan masuk dari jantung kucing. Ianya digredkan dari Gred 1 hingga  Gred 6 adalah tahap yang paling serius.
Ada beberapa sebab bagaimana kucing boleh mendapat keadaan feline heart murmur. Walau bagaimanapun, sebahagian besar keadaan ini tidak akan mengancam jiwa. Ianya dapat diatasi dengan pembedahan atau ubat.


10 Penyebab Feline Heart Murmur:

  1. Kadangkala kucing dilahirkan dengan keadaan yang mana terdapat  keganjilan pada dinding jantungnya ataupun injap jantung (heart valve). Ini merupakan satu keadaan genetik turun-temurun. Adakalanya anak kucing akan pulih secara semula jadi selepas berumur beberapa bulan. Jangan biarkan keadaan ini merisaukan anda. Jika ia tidak pulih secara sendiri, keadaan ini boleh diatasi melalui pembedahan. Sediakan sahaja duitnya.
    2. Bilangan sel darah merah yang turun secara mendadak akibat gigitan kutu dan pijat yang teruk boleh memberi kesan kepada jantung. Makanan tambahan (supplements) yang berkhasiat tinggi dapat membantu keadaan ini.
    3. Pengecilan pada saluran keluar pembuluh darah jantung (outflow area of pulmonary artery) daripada bahagian kanan jantung (right ventricle). Keadaan ini dipanggil pulmonic stenosis. Bagi keadaan ini, feline heart murmur disebabkan oleh deruan keluar darah yang tidak normal bertembung dengan rintangan.
    4. Sama seperti keadaan pada bahagian tiga di atas kecuali ianya berlaku pada saluran keluar darah di bahagian aorta jantung. Ini dipanggil aortic stenosis.
  5. Kerosakan kompleks yang membabitkan pembuluh-pembuluh darah berdekatan jantung dan melibatkan lebih daripada satu bahagian jantung. Ini dipanggil Tetralogy of Fallot.
   6. Terdapat lubang pada dinding dalam jantung di mana darah dipam. Ini dipanggil ventricular septal defect (VSD).
    7. Kerosakan pada injap jantung yang menyebabkan injap menjadi bocor. Ini dipanggil mitral valve dysplasia.
    8. Lubang pada jantung yang tidak dapat ditutup secara sendiri ketika kucing dilahirkan. Ini dipanggil patent ductus arteriosus (PDA). Feline heart murmur cuma akan berlaku jika darah mengalir dari bahagian kiri ke kanan jantung.
   9. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif (hyperthyroid disease) merupakan punca utama feline heart murmur. Ianya dapat dirawat dengan ubatan atau pembedahan.

Sejenis penyakit jantung yang dipanggil feline cardiomyopathy boleh menyumbang kepada feline heart murmur. Penyakit ini menyebabkan otot jantung berubah bentuk ataupun menebal dan ini menyukarkan jantung untuk berfungsi dengan baik. Ubatan dapat membantu keadaan ini.   



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment