Sunday 6 November 2016

APABILA KUCING PATAH KAKI

Patah kaki merupakan sesuatu yang agak rumit untuk dikendalikan tetapi anda harus belajar menanganinya kerana ia merupakan sesuatu yang mudah berlaku. Beberapa petanda yang menunjukkan kaki kucing mungkin patah adalah seperti:
§  kaki berjuntai
§  kaki tempang
§  sakit pada bahagian kaki
§  bengkak

Anda juga patut mencari petanda shock seperti gusi yang pucat atau keputihan dan juga degupan jantung dan pernafasan yang pantas.
Anda harus ingat bahawa kucing mempunyai toleransi yang tinggi pada kesakitan. Sebagai contoh, kaki yang berjuntai sudah pasti menyakitkan tetapi kucing nampak seakan tidak berada dalam kesakitan. Jangan takut untuk menyentuh kaki kucing yang patah kerana ia sebenarnya dapat menahan kesakitan tetapi mentang-mentang kucing itu nampak tidak sakit, anda memegangnya dengan kasar. Anda perlu lakukannya secara lemah lembut dan berhati-hati. Kalau kasar sangat, takut nanti kucing tu menyerang anda pula.
Jika kucing anda patah kaki, ikuti langkah berikut:
Langkah 1:           Dekati kucing dengan berhati-hati. Jika kucing ketakutan atau resah, anda perlu menggunakan sedikit kekerasan agar dapat memegangnya dengan erat.
Langkah 2:           Periksa kaki kucing dan pastikan sama ada patah tersebut jenis ‘terbuka’ (tulang terkeluar dari kulit) atau ‘tertutup’ (tulang tidak terkeluar dari kulit).



Langkah 3:           Sekiranya patahnya ‘tertutup’, pergi ke Langkah 4. Jika patahnya ‘terbuka’, cuci tempat yang luka dengan air bersih sebanyak mungkin. Jangan gunakan bahan antiseptik.
                                       Tutup luka dengan menggunakan kain bersih, sterile dressing atau kertas napkin. Ini dipanggil ‘dressing’.
                                      Bungkus dressing dengan menggunakan kain atau sebarang kain yang lembut. Ikat atau gunakan pita pelekat untuk memastikan agar ia tidak terbuka. Jangan ikat terlalu kuat,
                                      Bawa kucing ke klinik dengan segera.
Langkah 4:           Sekiranya patahnya ‘tertutup’...
                             Ini adalah rumit tetapi tidak mustahil – letakkan sekeping kayu atau apa-apa benda yang sesuai pada sebelah kaki kucing. Ikat kayu tersebut bersama kaki kucing yang patah. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pergerakan pada kaki kucing yang patah dan ini dipanggil ‘splinting’.
                                      Letakkan kucing di dalam kotak atau carrier dan bawa ke klinik dengan segera.





Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

6 comments:

  1. bagaimana sekiranya lambat dibawa ke klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah terjadi sekiranya tidal dibawa ke klinik

      Delete
  2. Replies
    1. Masalahnya klinik haiwan jauh...ada cara lain tak

      Delete
  3. Kucing saya kena langgar dngan lori pastu tngan dya patah... saya letak minyak gamat dan balut tali lama2 tangan yg patah tu kluar nanah and kulit mcam nak tanggal apa patot saya buat?

    ReplyDelete
  4. Awak patut cuci dan letak minyak gamat kt kaki kucing awak hari2. Sebelum tu, bersihkan kaki kucing dengan antiseptik/dettol sebelum letak minyak gamat

    ReplyDelete