Wednesday 9 November 2016

BERAT BADAN TURUN DENGAN MENDADAK


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Jika kucing anda turun berat badannya dengan mendadak, ini harus mengkhuatirkan anda. Ini mungkin petanda penyakit atau kehadiran mahluk parasit. Anda harus membawa kucing ke klinik untuk menentukan punca penyebabnya.

Antara beberapa sebab berat badan turun dengan mendadak adalah:
1.   Mahluk parasit
Sekiranya terdapat mahluk parasit dalam tubuh kucing, kucing akan hilang selera makan dan sering muntah. Ini akan mengakibatkan penurunan berat badan yang agak mendadak.
Contoh mahluk parasit yang menyebabkan penurunan berat badan adalah seperti tapeworm, giardia, heartworm dan hookworm. Ia boleh dirawat dan biasanya dikesan melalui najis atau darah kucing. Doktor haiwan dapat memberi kepastian tentang kehadiran mahluk parasit ini.

2.   Feline leukemia virus (FeLV)
Feline leukemia virus merupakan sejenis retrovirus daripada keluarga yang sama dengan virus FeLV. Virus ini boleh membawa maut dan biasanya merebak melalui air liur dan cecair badan yang lain.
Kucing yang terkena penyakit ini akan mendapat demam, kemurungan, bengkak pada kelenjar, penukaran warna hidung dan lidah juga masalah bernafas. Kucing yang telah dijangkiti akan menurun sistem imuniti tubuhnya. Ini akan menyebabkan sakitnya bertambah lama dan mudah diserang penyakit lain.

3.   Penyakit radang usus (IBD)
Penyakit radang usus ini (inflammatory bowel disease) menyebabkan muntah dan cirit-birit yang teruk. Seterusnya, berat badan akan menurun. Penyakit ini akan menyebabkan hampir keseluruhan usus mendapat radang.
Penyakit ini boleh dirawat dengan mengawal makanan dan mengenal pasti punca yang mengakibatkannya.

4.   Penyakit hati
Fungsi hati adalah untuk memastikan darah bebas daripada sebarang toksin dan membantu dalam proses penghadaman. Penyakit hati boleh terjadi apabila terdapat peningkatan kadar toksin di dalam tubuh kucing, penyakit hepatitis ataupun barah.
Selain penurunan berat badan, kucing juga akan muntah-muntah dan mengalami cirit-birit. Mata kucing akan menjadi kuning dan mengeluarkan cecair. Ia juga akan mengalami kemurungan, sawan dan mulutnya berbau busuk.

5.   Kencing manis
Kencing manis merupakan masalah (disorder) pada sistem pundi endokrin (endocrine glands) yang diakibatkan oleh ketidakmampuan (deficiency) oleh bahan insulin dalam tubuh. Insulin diperlukan untuk memproses bahan gula di dalam darah.
Kucing yang diserang kencing manis tidak bermaya, kerap kencing, selalu haus, muntah-muntah dan mulutnya berbau busuk. Kencing manis tiada rawatan tapi boleh dikawal antaranya dengan mengambil suntikan insulin.

6.   Penyakit buah pinggang
Penyakit buah pinggang boleh menyebabkan maut kepada kucing. Sekiranya buah pinggang telah menurun keupayaannya untuk menyaring darah sebanyak 70 peratus, ini disahkan sebagai penyakit buah pinggang.
Penyakit buah pinggang ini kebanyakannya untuk tiada rawatan yang berkesan dan ia boleh berlaku akibat jangkitan (infections), ketumbuhan (kidney tumours), cysts dan penyakit-penyakit lain yang bersangkutan dengan buah pinggang.
Keadaan ini boleh dikawal dengan pemakanan basah (wet diet) dan sejenis ubat yang dipanggil phosphorous binders.

7.   Stress (tekanan)

Kucing yang tertekan/stres akan hilang selera makannya. Penyebab stres agak banyak dan antaranya adalah berpindah ke tempat lain, kehadiran haiwan atau orang baharu di rumah dan juga sebarang perubahan pada kehidupan kucing itu sendiri. Stres boleh dikawal dengan terapi atau memberi kasih sayang yang secukupnya kepada kucing anda. Adalah baik jika anda dapat memberikan suasana yang selesa bagi kucing anda di rumah.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment