Friday 4 November 2016

JIKA KUCING DISERANG HEATSTROKE

Heatstroke atau lebih juga dikenali dengan nama hyperthermia merupakan suatu keadaan yang boleh membawa maut. Ianya menyerang organ dalaman seperti paru-paru, buah pinggang, hati, jantung dan juga otak. Organ-organ ini akan berhenti berfungsi akibat suhu badan yang terlalu panas disebabkan oleh cuaca yang panas dan kadar kelembapan udara (air humidity) yang tinggi.
Manusia dapat menurunkan suhu badannya ke paras normal dengan mengeluarkan peluh dari kulit. Kucing pula menurunkan suhu badan dengan menjelirkan lidah, mengeluarkan peluh dari tapak kaki dan menjilat bulunya. Ingin saya tambah di sini bahawa kucing hanya boleh mengeluarkan peluh melalui tapak kaki.
Suhu badan yang normal bagi kucing adalah dalam lingkungan 39o Celcius, kemungkinan kucing mendapat heatstroke itu ada. Semakin tinggi cuaca persekitaran, semakin tinggi risiko kucing terkena heatstroke. Pastikan kucing anda berada pada cuaca yang sesuai.
Selain daripada cuaca persekitaran di alam yang luas ini, kucing juga boleh diserang heatstroke apabila ia diletak di tempat yang panas tanpa perederan udara seperti dalam kereta yang tingkapnya semua ditutup.
Rawatan segera bagi serangan heatstroke harus dilakukan. Jika lambat, kerosakan otak atau maut boleh berlaku.


Beberapa petanda kucing diserang heatstroke:
§  Air liur meleleh (dengan pekat)
§  Gagal mengawal pergerakan tubuh
§  Bernafas dengan laju
§  Tercungap-cungap walau tidak berlari
§  Kepala kucing terasa panas bila disentuh
§  Lidah menjadi merah menyala
§  Lemah dan letih
§  Mabuk
§  Menggeletar
§  Muntah-muntah (mungkin bersama darah)
§  Cirit-birit (mungkin bersama darah)
§  Pendarahan di hidung
§  Koma

Jika kucing anda diserang heatstroke:
Langkah 1:      Alihkan kucing dari tempat yang panas.

Langkah 2:      Rendamkan kucing ke dalam air sejuk atau semburkan air dari paip secara berterusan ke seluruh tubuhnya. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit.

Langkah 3:      Letakkan ice pack pada kepala kucing. Bagi yang tidak mempunyai ice pack, anda boleh meletakkan beberapa ketul air batu pada sehelai tuala dan letakkan pada kepala kucing.

Langkah 4:      Bawa kucing ke klinik dengan segara dan pastikan ice pack tersebut diletak pada kepala kucing sepanjang perjalanan ke klinik haiwan.


Beberapa jenis kucing lebih mudah mendapat heatstroke seperti kucing Parsi, anak kucing dan kucing tua, kucing dan kucing yang mempunyai penyakit saluran pernafasan (airway disease).



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment