Monday 7 November 2016

MENDEKATI KUCING YANG SAKIT


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Sebelum anda memberi bantuan kepada kucing yang sakit, masalah paling besar yang mungkin akan anda hadapi adalah bagaimana untuk mendekatinya. Jika anda tidak dapat mendekatinya, usaha anda untuk merawatnya sia-sia belaka.

Sebelum anda mula membantu kucing yang sakit, anda harus tahu bahawa kucing mempunyai lima senjata iaitu:
§  Mulut
§  Keempat-empat set kuku (satu set di setiap kaki)

Kucing yang sakit, selain daripada menahan deritanya itu mungkin juga ketakutan – lebih-lebih lagi jika ia fikir anda seperti ingin menyerangnya. Jadi, anda harus berhati-hati ketika ingin mendekati kucing yang sakit. Tetapi jika anda digigit atau dicakar kucing, sakitnya bukanlah teruk sakit. Tanya sahaja sesiapa yang telah melalui pengalaman berharga ini.


Berikut adalah cara mendekati kucing yang sakit agar anda tidak kelihatan seperti ingin menyerangnya:
Langkah 1:         Secara perlahan, hampiri kucing. Bercakap dengannya menggunakan nada yang lembut. Jika anda bercakap dengannya menggunakan suara yang kuat, ia akan ketakutan.

Langkah 2:        Berusaha untuk menghampirinya kucing terdekat yang boleh tetapi jangan menyentuhnya dahulu.

Langkah 3:         Bongkok atau duduk di sebelah kucing tersebut. Sambil bercakap dengannya, perhatikan mata serta gerak tubuhnya (body language).
                                       Sekiranya matanya terbeliak, kuping telinganya ke belakang dan ia mengeluarkan bunyi seakan ingin menyerang, jangan cuba untuk menyentuhnya!
                                      Tetapi jika ia menggigil dan memeluk tubuhnya dengan erat, anda boleh mula menenangkannya dengan mencuba untuk menyentuhnya. Sebagai panduan, cuba sentuh belakang kepalanya dahulu. Apabila ia membenarkan anda melakukan ini kepadanya, anda boleh mengusap bahagian yang lain seperti keseluruhan kepala dan lehernya. Kucing amat suka digaru di telinga dan di bawah dagu.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment