Thursday 10 November 2016

TIDAK PERLU BAWA KE DOKTOR JIKA...


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Pada kebiasaannya apabila kucing sakit atau ada sesuatu yang tidak kena pada kucing kesayangan kita, sudah tentu kita akan panik dan menjadi tidak tentu arah. Namun, ada beberapa keadaan di mana anda boleh rawati sendiri dan tidak perlu terburu-buru untuk ke klinik.


Berikut adalah saranan bagi keadaan yang tidak serius dan cara menanganinya ialah:
1.   Berat badan menurun atau kurang nafsu makan
Banyak keadaan yang boleh menyumbang kepada kurangnya selera makan dan penurunan berat badan. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain kerana sistem pertahanan tubuh (immune system) kucing telah menurun dan kerosakan pada fungsi tubuh telah berlaku akibat penurunan berat badan yang banyak.
Satu daripada cara untuk mengembalikan nafsu makan kucing anda adalah dengan cuba memberinya makanan yang lain. Mungkin ia lebih menggemari jenis atau selera makan yang lain. Sebagai panduan, kucing suka pada makanan yang kuat baunya.

2.   Sembelit
Sembelit boleh berlaku akibat beberapa perkara tetapi punca utamanya adalah kekurangan air dan diet atau pemakanan yang tidak betul.
Pastikan kucing anda sentiasa mendapat bekalan air bersih secukupnya. Anda juga boleh memberinya makanan yang mempunyai serat atau fibre. Ini dapat melawaskan pembuangan najis. Galakkannya untuk bermain dan menjadi aktif.

3.   Kulit gatal
Kulit kucing akan menjadi gatal apabila ia banyak menggaru, terdapat mahluk parasit, dijangkiti bakteria atau beberapa penyebab yang lain.
Ubat anti-histamine sangat berkesan untuk mengurangkan bengkak dan radang akibat kegatalan. Ia juga boleh membantu mengawal kegatalan.

4.   Keletihan
Kucing boleh keletihan disebabkan oleh banyak jenis penyakit – ada yang tidak berapa serius dan ada yang mengorbankan jiwa. Bagi kes-kes yang tidak serius, anda boleh mengurangkan keletihan kucing dengan memperbaiki dietnya dan memastikan ia mendapat senaman yang mencukupi. Kucing yang pemalas, gemuk dan jarang bersenamakan mudah letih, sama seperti manusia.

5.   Muntah dan cirit-birit
Jika kucing cirit-birit atau muntah sekali-sekala, ini adalah lumrah dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Dalam kebanyakan kes, mungkin ia telah memakan sesuatu yang tidak boleh dihadam ataupun kekurangan cecair (dehydrated). Pastikan kucing anda hanya makan makanan yang telah anda sediakan untuknya dan ia tidak dapat ‘mencapai’ bahan-bahan toksik ataupun makanan bagi manusia. Beberapa makanan bagi manusia tidak sesuai untuk kucing (seperti bawang putih, bawang merah dan segala masakan yang menggunakan bawang). Pastikan juga kucing sentiasa mendapat bekalan air bersih secukupnya.
Sekiranya kucing muntah dan cirit-birit lebih dari 24 jam, bawa ke klinik dengan segera.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment