Tuesday 8 November 2016

TERCANGKUK PADA MATA KAIL


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Kucing amat menggemari rasa ikan seperti ikan sedia maklum. Keadaan di mana kucing tercangkuk mata kail memang jarang berlaku. Sekiranya berlaku, ia biasanya berlaku di tempat yang berdekatan dengan laut di mana kucing mendapat ikan yang baru dipancing dengan mata kail belum ditanggalkan.

Jadi jika kucing anda tidak bernasib baik dan tercangkuk mata kail:
Langkah 1:           Sekiranya mata kail tercangkuk pada lidah, bahagian dalam mulut ataupun berdekatan dengan mata, jangan cuba untuk menanggalkannya. Bawa ke klinik dengan segera.
                                       Merujuk pengalaman peribadi, saya pernah terjumpa satu kes di mana mata kail tercangkuk pada lidah kucing. Pemilik kucing tersebut telah cuba untuk menanggalkan mata kail sendiri.
                                      Semasa hendak menanggalkan mata kail, kucingnya meronta kerana kesakitan. Akibat rontaan tersebut, lidah kucing menjadi koyak dan ini menambah kesakitan bagi kucing tersebut. Kesian kucing itu.

Langkah 2:           Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu gunakan sedikit paksaan (memegangnya) dengan kuat supaya ia bertenang.

Langkah 3:           Dengan menggunakan playar (pliers), tolak mata kail ke dalam kulit kucing sehingga cangkuknya yang berada di hujung mata kail jelas kelihatan.

Langkah 4:           Potong cangkuk pada mata kail dengan menggunakan alat seperti wire cutter.




Langkah 5:           Apabila cangkuk telah dibuang dari mata kail ianya adalah lebih mudah untuk anda mengeluarkan mata kail tersebut menggunakan playar dengan menolaknya keluar.

Langkah 6:           Cuci luka pada tempat mata kail tercangkuk tadi dengan menggunakan bebola kapas (cotton balls) dan bahan tiga peratus hydrogen peroxide sebagai antiseptik untuk membunuh kuman. Jangan gunakan bahan antiseptik yang lain.

Langkah 7:           Perhatikan jika terdapat sebarang jangkitan untuk beberapa hari.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment