Thursday 3 November 2016

BAGAIMANA MENYELAMATKAN KUCING YANG TERCEKIK

Walaupun agak jarang kita lihat, sebenarnya kucing juga boleh tercekik. Keadaan tercekik ini akan berlaku apabila terdapat sesuatu yang tersekat di dalam tenggorok kucing. Apabila sudah tercekik, saluran pernafasan kucing akan terjejas. Dan semakin kucing berusaha untuk bernafas secara normal, ia akan semakin panik. Adalah menjadi matlamat pemilik kucing (anda lah tu) untuk membuka rongga pernafasan kucing tanpa digigit oleh kucing anda.
Sekiranya anda tidak pasti sama ada kucing anda sedang tercekik atau tidak, perhatikan kalau kucing anda itu menggesel-gesel tapak kaki kepada mulutnya, lidah kucing menjadi pucat atau kebiruan dan jika kucing anda tidak sedarkan diri.


Jika kucing anda tercekik, lakukan perkara berikut:
Langkah 1:           Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu menggunakan sedikit paksaan (pegang ia dengan kuat) supaya ia bertenang.
                                              
Langkah 2:           Pastikan tiada benda yang tersebut pada rongga pernafasannya.
                                       Gunakan tapak tangan anda dan ‘serkupkan’ tangan anda itu ke atas kepala kucing. Hanya gunakan satu tangan untuk melakukan perkara ini. Pastikan ibu jari dan jari telunjuk anda berada di sisi mulut kucing berdekatan dengan rahangnya. Pegang dengan erat tapi jangan sampai menyakitkan kucing pula.
                             Dongakkan kepala kucing sehingga hidungnya pun mendongak ke atas. Tekan jari telunjuk dan ibu jari anda tadi pada bahagian rahang kucing anda sehingga mulutnya terbuka.



                                       Tarik lidah kucing (dengan perlahan) keluar. Jika anda melihat sesuatu di dalam mulut kucing, usahakan untuk mengeluarkannya dengan jari anda atau dengan menggunakan player (pliers).
                                       Jika objek merupakan jarum dan ianya berada jauh di dalam mulut, hentikan apa yang anda sedang lakukan dan bawa kucing ke klinik dengan segera. Pada masa yang sama, pastikan lidah kucing sentiasa berada terkeluar sedikit dari mulutnya. Ini bagi memastikan lidah kucing tidak termasuk ke dalam mulut lantas ‘menolak’ jarum lebih jauh ke dalam.
                                       Bagi objek selain jarum, pegang kaki belakang kucing kuat-kuat dan terbalikkan kucing (kepala berada di bawah dan ekor di atas) dan goncang kucing tersebut dengan kuat. Memukul punggung kucing sambil menggoncang dapat membantu mengeluarkan objek dari mulut kucing.
                                       Jika objek masih tidak keluar, baringkan kucing dan sengetkan badannya sama ada ke kiri atau kanan. Letakkan tapak tangan anda pada tulang rusuk terakhir di kedua-dua belah (kanan dan kiri) dan tekan dengan tangan anda (ke hadapan, pada arah mulut kucing) dengan pantas sebanyak tiga atau empat kali. Lakukan beberapa kali.

Langkah 3:           Sekiranya anda masih gagal mengeluarkan objek tersebut, bawa kucing ke klinik dengan segera.

Langkah 4:           Jika anda berjaya mengeluarkan objek tetapi anda dapati kucing tidak bernafas, periksa degupan jantung dengan meletakkan jari-jari anda lebih kurang 1 inci (2.5 sentimeter) di belakang siku kucing dan di tengah dadanya.

Langkah 5:           Kalau jantung kucing tidak berdegup, terus pergi ke Langkah 6 di bawah. Sekiranya jantungnya masih berdegup, lakukan bantuan pernafasan (artificial respiration).
                                       Baringkan kucing ke kiri atau ke kanan.
                                       Tarik sedikit bahagian muka dan lehernya. Tutup mulut dan bibir kucing. Tiupkan udara dengan sederhana kuat melalui hidung kucing (tiup dengan mulut anda sendiri, jangan pula anda pakai pam angin!)
                                       Lakukan ini sekali setiap 5 saat. Setelah 10 saat, berhenti. Lihat pada dada kucing sama ada ia sudah mula bernafas dengan sendiri.
                                       Jika kucing masih tidak bernafas dengan sendiri, ulang proses di atas sehingga anda dapat rasakan sedikit kesukaran semasa meniup ke dalam hidungnya atau jika anda dapati dada kucing mula naik akibat udara yang anda hembuskan kepadanya.
                                       Jika kucing sudah boleh bernafas dengan sendiri, anda sudah boleh berhenti. Tetapi jika ia masih tidak boleh bernafas dengan sendiri setelah beberapa lama anda membantunya, bawa ke klinik segera. Semasa perjalanan ke klinik, pastikan anda tetap memberi bantuan pernafasan kepadanya.




Langkah 6:           Sekiranya jantung kucing tidak lagi berdegup, anda harus melakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation).
                                   Baringkan kucing ke kiri dan pastikan telapak dengan anda menutupi bahagian dada kucing. Selanjutnya letakkan ibu jari dan jari-jemari anda pada bahagian tengah dada.
                                   Beri tekanan yang sederhana kuat dengan menggenggam ibu jari dan jari-jemari anda. Ini ibarat anda memicit-micit dada kucing. Genggam pada kadar 100 hingga 160 tekanan seminit (ataupun dalam 2 hingga 3 genggaman sesaat).



                                     Selepas 30 saat, berhenti. Tutup mulut dan bibir kucing dan tiup secara sederhana ke dalam hidung kucing.
                              Tiup selama tiga saat, selepas itu berhenti dan tarik nafas sebelum tiup semula. Lakukan sehingga dada kucing turun naik dengan sendiri atau anda mengalami sedikit kesukaran untuk meniupkan udara ke dalam hidung kucing. Kesukaran ini akibat kucing yang sudah mula bernafas dengan sendiri. Ulangi hingga 10 atau 20 kali seminit.
                                       Selepas satu minit, berhenti. Lihat jika kucing sudah boleh bernafas sendiri dan rasakan jika jantung kucing sudah mula berdenyut (letakkan jari anda satu inci di belakang siku kucing dan di tengah dadanya untuk merasakan denyutan jantung).
                                       Jika jantung kucing belum berdenyut, ulangi CPR. Jika jantung sudah mula berdenyut tetapi kucing masih belum bernafas, lakukan bantuan pernafasan.
                             (*lihat Langkah 5 di atas)
                                       Bawa kucing ke klinik dengan segera. CPR harus terus diberikan dalam perjalanan ke klinik sehingga kucing sudah boleh bernafas dan jantungnya sudah boleh berdegup.

Nota:
Jantung yang berdegup belum tentu menandakan kucing sudah boleh bernafas. Walau bagaimanapun, sekiranya kucing sudah boleh bernafas (lebih-lebih lagi jika nafasnya lemah), ini tidak bermakna degupan jantungnya cukup kuat untuk fungsi tubuh yang selamat. Anda harus pastikan kucing boleh bernafas dengan dan DAN jantungnya juga berdegup.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

2 comments:

  1. Boleh Saya shere article Ni?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..kalau kucing saya tercekik puting botol..apa yang harus saya lakukan..

    ReplyDelete