Sunday 6 November 2016

12 PETANDA KUCING ANDA DISERANG PENYAKIT ANJING GILA

Penyakit anjing gila (rabies) menyerang kucing dipanggil feline rabies. Ia merupakan serangan terhadap sistem saraf kucing (central nervous system). Penyakit ini amat merbahaya dan begitu sukar untuk dirawat. Rabies disebabkan oleh sejenis disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil rhabdovirus.
Penyakit jarang menyerang kucing tetapi ia boleh membawa maut. Ianya juga mampu mengakibatkan beberapa penyakit lain seperti jangkitan pada saluran kencing, pernafasan dan juga buah pinggang.
Feline rabies berlaku pada tiga tahap iaitu prodromal, furious dan paralytic. Suntikan vaksin awal (sebelum terkena) dapat mencegah kucing anda dijangkiti, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Penyakit ini berjangkit daripada gigitan oleh haiwan lain yang sudah dijangkiti penyakit rabies. Berwaspada jika kucing anda digigit oleh haiwan lain kerana kesan daripada penyakit rabies ini tidak kelihatan serta-merta. Ianya mengambil masa dua hingga lima minggu bagi penyakit ini untuk merebak ke seluruh tubuh dan menunjukkan sebarang petanda. Perhatikan jika kucing menunjukkan sebarang petanda seperti di bawah ini kerana kucing anda mungkin telah dijangkiti feline rabies.

12  Petanda Feline Rabies:
1.   Hilang koordinasi (poor coordination)
Hilang koordinasi dan gagal mengawal keseimbangan badan merupakan petanda awal rabies. Jika anda dapati kucing anda kerap melanggar kepalanya kepada apa sahaja benda yang ada di depannya, waspadalah.

2.   Meraung (yowling)
Biasanya kucing akan meraung pada tahap jangkitan yang awal. Suaranya juga akan berbeza daripada biasa.
3.   Sakit mata (conjunctivitis)
Bengkak pada selaput mata (eye membranes) di mana mata menjadi merah dan bengkak.

4.   Air liur meleleh (drooling)
Air liur akan keluar secara berlebihan dan ini boleh dilihat daripada air liur yang asyik meleleh keluar.

5.   Mudah marah (abnormal irritability)
Kucing menjadi mudah marah dan tidak suka akan sebarang belaian. Ini biasa berlaku pada tahap berlaku kedua jangkitan iaitu tahap furious. Kucing akan sering menggigit dan mencakar. Ia juga selalu melanggar apa sahaja benda yang berdekatan dengannya.

6.   Berperangai ganjil
Kucing melakukan perkara yang pelik-pelik seperti melawan sesuatu yang tidak nampak, makan batu dan pelbagai perkara pelik yang lain.

7.   Demam
Kucing mungkin mendapat demam – bawa ke doktor dengan segera walaupun jika kucing anda tidak menghidap feline rabies kerana demam yang tinggi amat merbahaya bagi kucing.

8.   Muntah
Kucing mungkin akan sering muntah walaupun penyebabnya bukan hanya daripada feline rabies.

9.   Tiada selera makan
Awas jika kucing anda tidak mahu menyentuh makanannya walau sedikit pun. Ini mungkin kerana kucing anda benar-benar tiada selera makan ataupun otot-otot di mukanya sudah separuh lumpuh – ini petanda feline rabies yang sudah berada pada tahap akhir!

10.                Penurunan berat badan
Berat badan akan turun seiringan dengan hilangnya selera makan.

11.                Masalah pernafasan
Kucing akan mengalami kesukaran bernafas akibat oleh otot-otot muka yang lumpuh. Bagi keadaan yang serius, kucing tidak akan dapat bernafas langsung dan seterusnya mati.

12.                Kemurungan
Ini adalah petanda jika kucing sudah berada pada tahap akhir iaitu tahap paralytic stage. Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkannya.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment