Monday 7 November 2016

SAWAN

Jarang sekali sawan menyebabkan maut kepada kucing. Namun, ia mungkin satu pengalaman yang memeranjatkan bagi yang pertama kali melihatnya.
Kali pertama saya melihat anak saya sendiri sawan, kelam-kabut saya dibuatnya. Saya sangkakan anak saya sudah hendak mati.
Sebagai seorang pemilik kucing, anda dinasihatkan agat tidak panik dan bawa bertenang sekiranya kucing anda sawan. Anda tidak di dalam bahaya tetapi anda harus membantu kucing anda daripada melukakan dirinya sendiri ketika ia sawan.

Jika kucing anda sawan:
Langkah 1:           Jangan letakkan sebarang objek ke dalam mulut kucing! Lebih-lebih lagi jari anda. Melainkan jika anda tidak perlukan jari anda itu lagi.
Langkah 2:     Jauhkan kucing dari tembok ataupun perabot untuk mengelakkan ia daripada cedera akibat terlanggar dengannya.

Langkah 3:       Apabila sawan telah berhenti, hubungi doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat.
Langkah 4:           Sekiranya sawan tidak berhenti setelah 10 minit atau jika kucing mengalami sawan sekali lagi dalam masa dua jam, bawa kucing ke klinik dengan segera.
Langkah 5:           Kucing akan kelihatan terhuyung-hayang, ‘mamai’ atau ketakutan 10 hingga 15 minit setelah diserang sawan. Sabar dan jangan panik! Hubungi doktor haiwan bagi mendapatkan nasihat.

Sawan biasanya berlaku selama beberapa minit sahaja dan selama ini belum saya pernah dengar tentang kucing yang mati akibat sawan.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan. 

No comments:

Post a Comment