Wednesday 2 November 2016

8 TIP UNTUK PASTIKAN RUMAH ANDA SELAMAT BUAT KUCING

Memelihara kucing di rumah merupakan suatu kebiasaan di rantau Asia mahupun di seluruh dunia. Namun, adakah kita mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya untuk kucing kesayangan kita itu?

Berikut saya utarakan 10 tip bagi memastikan rumah anda selamat bagi kucing:
1.     Jangan biarkan tali bidai berjuntai. Kebanyakan rumah sekarang menggunakan bidai yang biasanya mempunyai tali untuk membuka atau menutupnya. Sekiranya bidai anda jenis yang mempunyai tali, pastikan anda tidak membiarkan tali bidai ini berjuntai.
Kucing amat suka bermain dengan tali. Tambahan pula, tali bidai yang berjuntaian itu membuatkannya lebih teruja. Namun dikhuatiri tali tersebut mungkin terlilit pada leher kucing dan ini boleh membawa maut.
2.     Kemaskan wayar-wayar elektrik yang berselerakan. Sama seperti tali, kucing juga sangat suka dengan wayar elektrik. Kemungkinan wayar elektrik menjerut leher kucing bukanlah suatu yang mustahil lebih-lebih lagi wayar elektrik jenis yang halus.
Namun, risiko yang lebih besar berhubung dengan wayar elektrik ini adalah kucing mungkin akan terkena kejutan elektrik jika ia menggigit wayar tersebut – sudah tentulah wayar yang mempunyai arus elektrik. Kalau wayar yang tidak mempunyai arus elektrik, saya pun berani gigit.
3.     Gantung pokok bunga dan tanaman. Antara hobi kucing adalah menggigit daun-daun. Sekiranya anda meletakkan pokok bunga dan tanaman anda di tempat yang rendah, kemungkinan pokok bunga dan tanaman anda habis ‘dikerjakan’ kucing kesayangan anda itu.
Tambahan pula, kucing anda mungkin keracunan akibat menggigit tanaman tersebut. Di bahagian lain dalam buku ini ada saya senaraikan tanaman yang berbahaya bagi kucing. Walaupun jika tanaman tersebut tidak beracun, kucing mungkin sakit perut jika tanaman yang dimakannya tidak boleh hadam sepenuhnya di dalam perut.
4.     Jangan biarkan kucing anda bermain dengan beg plastik. Kucing amat suka pada bunyi yang dikeluarkan semasa bermain dengan beg plastik. Namun, ia mungkin lemas jika tidak dapat mengeluarkan kepalanya daripada beg plastik tersebut.

5.     Pungut benda-benda kecil dari lantai. Seperti anak-anak kita yang kecil, kucing juga gemar meletakkan benda ke dalam mulutnya. Benda-benda kecil seperti paper clip, paku payung atau paku tekan (thumb tack), duit syiling dan cebisan kertas tidak harus berada di lantai. Apa yang masuk mesti keluar. Yang menjadi masalah adalah jika ia hanya boleh keluar melalui pembedahan.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment