Thursday 10 November 2016

KERAP KENCING


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Kucing yang kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Ada yang bersangkut-paut dengan masalah kesihatan dan ada juga yang disebabkan oleh sikap atau tabiat kucing itu sendiri. Walau bagaimanapun, keprihatinan pemilik amat diperlukan untuk memastikan puncanya. Untuk membantu anda memastikan apakah sebabnya kucing anda sering kencing, lihat senarai selanjutnya:

1.   Jangkitan pada saluran kencing
Jangkitan pada saluran kencing yang juga dikenali sebagai Feline Urinary Tract Infection (UTI) selalu berlaku dan ia masalah yang serius. Dalam kebanyakan kes, kekerapan kencing yang diakibatkan oleh jangkitan pada saluran kencing ini sebenarnya merupakan petanda bagi masalah yang jauh lebih serius seperti urolithiasis yang seakan batu karang bagi manusia. Di samping kerap kencing, kucing yang menderita penyakit ini mengalami sakit ketika kencing dan juga mungkin terdapat darah dalam air kencingnya.

2.   Jangkitan pada punci air kencing
Jangkitan pada pundi air kencing (bladder infections) dan jangkitan pada saluran air kencing selalunya berkaitan bersama kerana punca dan petandanya saling berkaitan. Cuma jangkitan pada pundi air kencing hanya berlaku pada pundi tersebut dan tidak pada saluran air kencing seperti yang berlaku bagi jangkitan pada saluran air kencing.
Jangkitan pada pundi air kencing biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria, pemakanan yang tidak seimbang atau stress (stres/tertekan). Petandanya adalah sama dengan jangkitan pada saluran air kencing iaitu: kerap kencing, kesan darah dalam air kencing dan sakit semasa kencing. Kucing juga akan membersihkan kemaluannya dengan lebih kerap dan bagi kes yang lebih serius, kucing boleh muntah-muntah.

3.   Tidak mampu menahan kencing (incontinence)
Apabila kucing mengalami trauma atau semasa usia sudah lanjut, otot pada pundi air kencing akan mula lemah. Keadaan ini yang dipanggil ‘incontinence’ menyebabkan pundi air kencing tidak lagi kuat untuk menahan air kencing. Jadi, kucing akan selalu kencing. Keadaan lebih kerap berlaku pada kucing betina yang telah dikembiri.
Jika anda dapati bahagian kemaluan kucing sentiasa basah dan kucing kencing setiap kali ia bergerak dari posisi duduk atau baring kepada posisi berdiri, besar kemungkinan ini ialah petanda incontinence.

4.   Kencing manis
Kencing manis pun boleh mengakibatkan kucing kencing dengan kerap. Kencing manis boleh disebabkan oleh penyakit turun-temurun, umur lanjut atau berkaitan dengan berat badan.
Petanda bagi kencing manis adalah kerap kencing beserta penurunan berat badan, lebih banyak minum, sering tidak bermaya, muntah-muntah ataupun bulu dan kulit yang kelihatan tidak sihat.

5.   Penyakit buah pinggang
Penyakit buah pinggang (kidney disease/renal failure) merupakan satu daripada penyakit yang boleh mengancam jiwa kucing. Ianya disebabkan oleh kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan normal akibat trauma yang mendadak atau usia lanjut.
Apabila buah pinggang berfungsi pada paras bawah 30 peratus, toksin akan mula terkumpul pada buah pinggang kucing dan seterusnya masuk ke saluran darah. Ini bermakna darah kucing sudah mengandungi toksin dan ini amat berbahaya.
Petanda penyakit buah pinggang adalah seperti kerap kencing, kemurungan, bau mulut yang busuk, muntah-muntah, sawan dan tidak bergerak dengan banyak.

6.   Penanda
Walaupun kebanyakan petanda adalah disebabkan oleh masalah kesihatan, namun adakalanya kucing kerap kencing kerana sikap atau tabiat kucing itu sendiri.
Kucing jantan biasanya akan menyemburkan air kencingya merata tempat untuk menandakan kawasannya agar ia tidak dicerobohi kucing yang lain.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

6 comments:

  1. Macam mana nak ubat pnyakit ni..contoh mcm 1 & 2.. Kna bawa ke klinik ke..brapa kos nye..

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak ubat pnyakit ni..contoh mcm 1 & 2.. Kna bawa ke klinik ke..brapa kos nye..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. macam mana pulak dengan kucing terkencing sewaktu sedang tidur? adakah ia tergolong incontinence?

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum macamana kalau kucing nk tidur pun kencing dan semasa berjalan haiwan itu mengeluarkan air kencing secara perlahan contoh titisan air kencing

    ReplyDelete
  5. Ada tak ubat utk kawal kucing yang kencing tdk terkawal,duduk ke jln ke sambil menjilat membersih pun nk air kencing keluar.

    ReplyDelete