Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/
Kucing yang kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Ada yang bersangkut-paut dengan masalah kesihatan dan ada juga yang disebabkan oleh sikap atau tabiat kucing itu sendiri. Walau bagaimanapun, keprihatinan pemilik amat diperlukan untuk memastikan puncanya. Untuk membantu anda memastikan apakah sebabnya kucing anda sering kencing, lihat senarai selanjutnya:
1. Jangkitan pada
saluran kencing
Jangkitan pada
saluran kencing yang juga dikenali sebagai Feline
Urinary Tract Infection (UTI) selalu berlaku dan ia masalah yang serius.
Dalam kebanyakan kes, kekerapan kencing yang diakibatkan oleh jangkitan pada
saluran kencing ini sebenarnya merupakan petanda bagi masalah yang jauh lebih
serius seperti urolithiasis yang
seakan batu karang bagi manusia. Di samping kerap kencing, kucing yang
menderita penyakit ini mengalami sakit ketika kencing dan juga mungkin terdapat
darah dalam air kencingnya.
2. Jangkitan pada
punci air kencing
Jangkitan pada
pundi air kencing (bladder infections)
dan jangkitan pada saluran air kencing selalunya berkaitan bersama kerana punca
dan petandanya saling berkaitan. Cuma jangkitan pada pundi air kencing hanya
berlaku pada pundi tersebut dan tidak pada saluran air kencing seperti yang
berlaku bagi jangkitan pada saluran air kencing.
Jangkitan
pada pundi air kencing biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria, pemakanan
yang tidak seimbang atau stress
(stres/tertekan). Petandanya adalah sama dengan jangkitan pada saluran air
kencing iaitu: kerap kencing, kesan darah dalam air kencing dan sakit semasa
kencing. Kucing juga akan membersihkan kemaluannya dengan lebih kerap dan bagi
kes yang lebih serius, kucing boleh muntah-muntah.
3. Tidak mampu menahan
kencing (incontinence)
Apabila kucing
mengalami trauma atau semasa usia sudah lanjut, otot pada pundi air kencing
akan mula lemah. Keadaan ini yang dipanggil ‘incontinence’ menyebabkan pundi air kencing tidak lagi kuat untuk
menahan air kencing. Jadi, kucing akan selalu kencing. Keadaan lebih kerap
berlaku pada kucing betina yang telah dikembiri.
Jika
anda dapati bahagian kemaluan kucing sentiasa basah dan kucing kencing setiap
kali ia bergerak dari posisi duduk atau baring kepada posisi berdiri, besar
kemungkinan ini ialah petanda incontinence.
4. Kencing manis
Kencing manis pun
boleh mengakibatkan kucing kencing dengan kerap. Kencing manis boleh disebabkan
oleh penyakit turun-temurun, umur lanjut atau berkaitan dengan berat badan.
Petanda
bagi kencing manis adalah kerap kencing beserta penurunan berat badan, lebih
banyak minum, sering tidak bermaya, muntah-muntah ataupun bulu dan kulit yang
kelihatan tidak sihat.
5. Penyakit buah
pinggang
Penyakit buah
pinggang (kidney disease/renal failure)
merupakan satu daripada penyakit yang boleh mengancam jiwa kucing. Ianya disebabkan
oleh kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan normal akibat trauma yang
mendadak atau usia lanjut.
Apabila
buah pinggang berfungsi pada paras bawah 30 peratus, toksin akan mula terkumpul
pada buah pinggang kucing dan seterusnya masuk ke saluran darah. Ini bermakna
darah kucing sudah mengandungi toksin dan ini amat berbahaya.
Petanda
penyakit buah pinggang adalah seperti kerap kencing, kemurungan, bau mulut yang
busuk, muntah-muntah, sawan dan tidak bergerak dengan banyak.
6. Penanda
Walaupun kebanyakan
petanda adalah disebabkan oleh masalah kesihatan, namun adakalanya kucing kerap
kencing kerana sikap atau tabiat kucing itu sendiri.
Kucing
jantan biasanya akan menyemburkan air kencingya merata tempat untuk menandakan
kawasannya agar ia tidak dicerobohi kucing yang lain.
Sumber rujukan:
“Panduan
Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham
Jantan.
Macam mana nak ubat pnyakit ni..contoh mcm 1 & 2.. Kna bawa ke klinik ke..brapa kos nye..
ReplyDeleteMacam mana nak ubat pnyakit ni..contoh mcm 1 & 2.. Kna bawa ke klinik ke..brapa kos nye..
ReplyDeleteassalamualaikum. macam mana pulak dengan kucing terkencing sewaktu sedang tidur? adakah ia tergolong incontinence?
ReplyDeleteAsalamualaikum macamana kalau kucing nk tidur pun kencing dan semasa berjalan haiwan itu mengeluarkan air kencing secara perlahan contoh titisan air kencing
ReplyDeleteFacing the same problem too
DeleteAda tak ubat utk kawal kucing yang kencing tdk terkawal,duduk ke jln ke sambil menjilat membersih pun nk air kencing keluar.
ReplyDelete