Thursday 3 November 2016

MERAWAT KUCING YANG MELECUR AKIBAT TERKENA API

Terdapat beberapa jenis lecuran akibat api yang boleh menimpa kucing dan apa yang dibincangkan di sini adalah lebih kepada kesan daripada kucing yang melecur akibat kebakaran pada tubuhnya. Adalah penting bagi anda mengetahui rawatan bagi setiap jenis kebakaran.

Jenis-jenis lecuran akibat kebakaran yang lazimnya dialami kucing adalah seperti kebakaran tahap pertama (first degree burn), kedua (second degree burn), ketiga (third degree burn) dan juga kebakaran akibat terkena bahan kimia (chemical) burn.

     A.  Terbakar tahap pertama dan kedua (First or second degree burns)
Petanda bagi kebakaran tahap pertama adalah bulu yang masih melekat di tubuh ataupun terbakar sedikit, tisu kulit yang rosak dan menyakitkan (painful lesions) dan juga kulit kemerahan ataupun terdapat gelembung yang berisi cecair cerah (blisters).
Petanda bagi tahap kebakaran kedua pula adalah seperti pada tahap pertama di atas dengan tambahan seperti bengkak dan juga tisu kulit yang rosak menjadi gelap.
Langkah 1:           Dekati kucing dengan berhati-hati. Jika kucing ketakutan atau resah, anda perlu menggunakan sedikit kekerasan agar dapat memegangnya dengan erat.
Langkah 2:           Jirus tempat yang terkena kebakaran dengan air sejuk ataupun ice pack.
                             Sepertimana yang telah saya terangkan sebelum ini, jika tidak terdapat ice pack, anda boleh juga letakkan beberapa ketul air batu pada kain dan ikatkannya untuk menjadi ice pack buatan sendiri. Tuam pada tubuh kucing selama 15 minit. Jangan sapukan sebarang ubat mahupun butter.



Langkah 3:           Jika kawasan kulit yang terbakar agak besar ataupun ia mudah dijilat kucing, tutup kawasan tersebut dengan menggunakan sterile dressing. Jangan gunakan kapas.
Langkah 4:           Bungkus dressing tersebut dengan kain lembut dan pastikan ia tidak mudah terbuka. Anda boleh mengikatnya (jangan terlalu kuat) atau menggunakan klip atau tape.
Langkah 5:           Bawa kucing ke klinik dengan segera.

     B.   Terbakar tahap ketiga (Third degree burns)
Kebakaran tahap ketiga mengakibatkan kerosakan serius pada kulit, kulit menjadi putih atau hitam dan bulu kucing juga mudah ditanggalkan. Periksa petanda shock seperti gusi yang pucat atau keputihan dan denyutan nadi serta nafas menjadi panas.
Langkah 1:           Dekati kucing dengan berhati-hati. Jika kucing ketakutan atau resah, anda perlu menggunakan sedikit kekerasan agar dapat memegangnya dengan erat. Jangan sapukan sebarang ubat atau butter.
Langkah 2:           Letakkan sterile dressing pada tempat terbakar. Jangan gunakan kapas.
Langkah 3:           Bungkus dressing tersebut dengan kain lembut dan pastikan ia tidak mudah terbuka. Anda boleh mengikatnya (jangan terlalu kuat) atau menggunakan klip atau tape.
Langkah 4:           Bawa kucing ke klinik dengan segera.

     C.  Terbakar kerana bahan kimia (Chemical burns)
Petanda bagi kebakaran terkena bahan kimia adalah seperti bau turpentine, petrol, bahan pembunuh serangga, kulit yang kemerahan dan kesakitan. Sebarang pendedahan kepada bahan kimia boleh menjadi keracunan apabila kucing menjilat bahan beracun tersebut semasa membersihkan dirinya.
Langkah 1:           Dekati kucing dengan berhati-hati. Jika kucing ketakutan atau resah, anda perlu menggunakan sedikit kekerasan agar dapat memegangnya dengan erat.
Langkah 2:           Cuci kawasan yang terkena bahan kimia dengan menggunakan air bersama sabun atau syampu. Cuci hingga betul-betul bersih. Ulangi beberapa kali untuk menghilangkan sebarang kesan bahan kimia.



Langkah 3:           Sapukan ubat antibiotik pada tempat yang terbakar.
Langkah 4:           Hubungi doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat lanjut.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment