Sunday 6 November 2016

KUCING YANG TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK

Biasanya, kucing dewasa jarang sekali menjadi mangsa kejutan elektrik. Sekiranya yang menjadi mangsa ialah anak kucing di mana mereka ini suka sekali menguyah dan menggigit apa sahaja termasuklah wayar elektrik.
Sekiranya salutan penebat (insulation) wayar elektrik koyak akibat kunyahan dan gigitan kucing, wayar besi di dalamnya akan terdedah. Sekiranya kucing digigit wayar yang mempunyai arus elektrik yang mengalir, ia akan terkena kejutan elektrik. Bergantung kepada kuatnya arus elektrik tersebut, kucing mungkin tidak akan berdaya untuk melepaskan gigitannya.
Sebelum anda menyentuh kucing, pastikan anda cabut plug elektrik daripada soketnya. Jika tidak, anda pula yang akan terkena kejutan elektrik.
Periksa kucing dengan berhati-hati. Kejutan elektrik boleh mengakibatkan kerosakan jantung yang serius dan pengumpulan cecair di paru-paru kucing. Kejutan yang kuat pula boleh menghentikan degupan jantung dan bantuan cardiopulmonary resuscitation (CPR) harus dilakukan dengan segera supaya jantung kucing boleh mula berdegup.
Selalunya, mulut kucing akan terbakar jika ia menggigit wayar elektrik yang terdapat arus elektrik mengalir.

Sekiranya kucing anda mengalami kejutan elektrik, anda harus:
Langkah 1:           Jika wayar elektrik masih bersentuhan dengan tubuh kucing, jangan sentuh kucing. Cari plug elektrik dan cabutkan dari soketnya.
                                  Sekiranya anda tidak jumpa soketnya, cari sebatang kayu atau sesuatu yang tidak diperbuat daripada besi dan gunakannya untuk pisahkan wayar elektrik daripada tubuh kucing.



Langkah 2:           Sekiranya kucing masih bernafas, pergi ke Langkah 4. Sekiranya kucing tidak bernafas, rasakan degupan jantung dengan meletakkan jari anda kira-kira 1 inci di belakang siku kucing dan di tengah dadanya.
Langkah 3:           Sekiranya jantung kucing tidak berdegup, lakukan CPR. Sekiranya jantungnya berdegup, lakukan bantuan pernafasan.



                                       Kedua-dua cara ini (cardiopulmonary resuscitation dan artificial respiration) ada saya bincangkan dalam bab yang bertajuk: ‘Bagaimana menyelamatkan kucing yang tercekik’.
Langkah 4:           Sekiranya mulut atau bibir kucing terbakar (berwarna merah menyala), sapukan dengan cecair tiga peratus hydrogen peroxide. Anda boleh gunakan bebola kapas (cotton balls) untuk melakukannya.
Langkah 5:           Bawa kucing ke klinik dengan segera.



Sumber rujukan:

Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment