Tuesday 8 November 2016

JIKA KUCING DIGIGIT SERANGGA


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Kucing amat gemar merayau di luar rumah. Yalah, kalau asyik terperuk di dalam rumah sahaja, sangat bosan kan? Sekali-sekala pun perlu keluar untuk cari angin.
Selain daripada risiko diserang haiwan liar, terdapat juga kemungkinan digigit oleh serangga seperti lebah atau tebuan. Sekiranya digigit, bekas gigitan akan membengkak dan sakitnya ya ampun!
Tempat yang terkena gigitan itu akan menggelembung dan ianya dikenali sebagai ‘wheal’. Bagi setiap gigitan terdapat satu wheal. Kalau kucing anda digigit beberapa kali, makin banyak wheal yang akan kelihatan.
Kesan paling serius yang boleh berlaku ialah jika terdapat tindak balas alahan (allergic reaction) terhadap bisa (venom) yang dilepaskan oleh serangga yang menggigit ke dalam tubuh kucing.

Beberapa petanda yang menunjukkan kucing telah digigit serangga adalah seperti bengkak, sakit di kawasan gigitan, sakit pada otot, muntah-muntah, lemah dan kejutan. Petanda kejutan pula adalah gusi menjadi pucat atau putih, denyutan jantung yang pantas dan bernafas dengan pantas.

Jika kucing anda digigit serangga:
Langkah 1:        Hampiri kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu gunakan sedikit paksaan (memegangnya dengan kuat) supaya ia bertenang.
Langkah 2:           Jangan picit atau tekan pada tempat gigitan. Jika kucing digigit oleh lebah, lebah tersebut akan meninggalkan cangkuknya pada tubuh kucing. Kikis penyengat tersebut keluar dengan menggunakan kad kredit atau pisau yang tumpul.




Langkah 3:           Sekiranya tempat gigitan bengkak dan berasa panas, sapu dengan krim cortisone dan letakkan ketulan air batu pada tempat gigitan itu. Ini bagi meredakan bengkak.
Langkah 4:           Beri makan ubat antihistamine (seperti diphenhydramine) pada kadar sesetengah miligram bagi setiap 450 gram berat badan. Ini bermakna jika kucing anda seberat tiga kilogram, ia memerlukan lebih kurang tiga miligram ubat cecair diphenhydramine.
Langkah 5:           Sekiranya terdapat masalah pernafasan atau muka kucing menjadi, bawa kucing ke klinik dengan segera bersama ubat yang telah anda beri kepada kucing anda itu.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment