Monday 7 November 2016

MATA GATAL ATAU TERCALAR

Oleh kerana kucing suka merayau di celah-celah, ini secara tidak langsung meningkatkan kemungkinan matanya tercalar atau mendapat kegatalan mata. Sesetengah kucing pula mengalami gatal mata akibat virus, alahan (allergies), habuk, debu, bergaduh dan sebagainya.
Kegatalan pada mata boleh mengakibatkan radang yang sederhana (mild inflammation) pada tisu sekeliling mata (conjunctivitis) ataupun kerosakan serius pada kornea mata. Penyakit saluran pernafasan (upper respiratory diseases) pula merupakan sebab utama kucing terkena conjunctivitis.
Semasa memeriksa mata kucing, penting bagi anda mengetahui terdapat kelopak mata yang tersembunyi di celah mata berdekatan dengan hidungnya. Ini yang dipanggil ‘third eyelid’.
Selaput third eyeball ini boleh menutupi biji mata dan memberi gambaran seolah-olah biji mata telah ‘hilang’. Sekiranya selaput third eyeball ini sudah menutupi biji mata dan selaput ini kelihatan kemerahan, ini bermakna biji mata sedang radang (inflamed). Jangan sentuh selaput tersebut. Semua masalah mata harus dikendalikan oleh doktor haiwan bagi mengelak kejadian daripada menjadi bertambah serius.

Sekiranya anda kurang pasti sama ada biji mata kucing tercalar atau dijangkita penyakit, petanda yang harus anda pastikan adalah sama ada mata kucing asyik terkenyit-kenyit dan adakah ia asyik menggaru atau menggosok matanya? Biji mata yang bermasalah juga biasanya akan mengeluarkan cecair yang pekat dan biji mata juga akan berwarna kemerahan.



Sekiranya biji mata kucing tercalar atau dijangkiti penyakit:
Langkah 1:           Dekati kucing dengan berhati-hati. Jika kucing ketakutan atau resah, anda perlu menggunakan sedikit kekerasan agar dapat memegangnya dengan erat.

Langkah 2:           Cuci biji mata sepenuhnya (empat kali atau lebih) dengan menggunakan air bersih atau cecair saline solution.

Langkah 3:           Pastikan kucing tidak akan mencederakan matanya lagi.
                                       Bungkus tapak kaki kucing dengan menggunakan bandage. Ini agar kucing tidak dapat melukai biji mata dengan kukunya.
                                      Sekiranya kucing asyik menggosok matanya, ambil sekeping kadbod yang besar dan buat seperti piring dan pakaikan pada kucing. Ini akan mengelakkan kakinya daripada menghampiri bahagian muka kucing. Alat serupa yang diperbuat daripada plastik yang diberi nama Elizabethean Collar ada dijual di kedai kelengkapan haiwan.

Langkah 4:           Bawa kucing ke klinik dengan segera.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment