Sunday 13 November 2016

PUNCA SAKIT MATA


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Masalah mata bagi kucing sering diakibatkan oleh bakteria atau virus feline herpes. Mata biasanya akan menjadi merah dan terdapat cecair yang keluar dari mata.
Rawatan harus diberikan awal lagi agar dapat mengelak keadaan menjadi lebih buruk.


Punca-punca sakit mata adalah:
1.   Feline Herpes Virus
Feline Herpes Virus merupakan punca nombor satu penyakit mata bagi kucing. Virus ini merebak apabila berada di lingkungan kucing yang sudahpun dijangkiti.
Ia boleh mengakibatkan luka (ulcer) pada kornea mata, mata menjadi kering atau radang (inflammation) pada kornea.
Titisan pembersih mata (eyedrops) yang mengandungi antibiotik harus diberikan kepada kucing yang dijangkiti virus ini.

2.   Panleukopenia
Panleukopenia adalah penyakit mudah merebak yang mengakibatkan kerosakan pada retina mata (retinal dysplasia) dan juga kerosakan pada tisu mata (eye lesions). Ia juga boleh mengakibatkan demam, muntah-muntah, kekurangan cecair/air (dehydration) dan kemurungan kepada kucing.
Tiada sebarang rawatan bagi penyakit ini tetapi ia boleh dicegah dengan memberi vaksin panleukopenia. Vaksin ini harus diberi sebelum diserang. Apabila sudah terkena penyakit ini, pengambilan pil antibiotik (oral antibiotics) dapat membantu mengawalnya daripada menjadi lebih serius.

3.   Feline Infectious Peritonitis (FIP)
Feline Infectious Peritonitis adalah jangkitan disebabkan virus. Ia mengakibatkan jangkitan pada kornea mata, kerosakan tisu mata dan juga nanah.
Penyakit ini biasanya membawa maut tetapi boleh dicegah dengan suntikan jika ianya diberi awal iaitu sebelum diserang dan bukan selepas.
Kucing yang dijangkiti virus ini akan diberi dadah sintetik bernama ‘prednisone’ untuk mengurangkan jangkitan mata.

4.   Feline Leukemia Virus (FeLV)
Feline Leukemia Virus disebarkan oleh kucing lain yang telah dijangkiti dan ia boleh menyebabkan jangkitan pada mata, kekurangan sel darah merah (anemia), kelenjar membengkak dan keletihan.
Kucing anda harus disuntik dengan vaksin FeLV sebelum virus ini menyerang.

5.   Feline Immunodeficiency Virus (FIV)
Feline Immunodeficiency Virus juga dikenali sebagai AIDS bagi kucing (feline AIDS). Ia mudah merebak melalui air liur dan sebarang cecair tubuh (body secretions) seperti peluh, hingus dan darah. Jika kucing anda digigit oleh haiwan yang membawa virus ini, kucing anda tidak akan menunjukkan sebarang petanda buat jangka waktu yang agak lama kerana kesannya bukan serta-merta.
Kucing yang dijangkiti virus ini akan mengalami sistem pertahanan tubuh yang lemah dan juga jangkitan mata. Petanda lain adalah seperti demam, kelenjar membengkak (swollen lymph nodes), penurunan berat badan, masalah pernafasan, sering mendapat jangkitan, jangkitan mulut (stomatitis), sakit gusi (gingivitis) atau masalah kulit.
Adalah penting untuk menangani setiap jangkitan bagi mengelak keadaan yang lebih teruk.
Jangkitan mata boleh dirawat dengan memberi titisan pembersih mata (eyedrops) yang mengandungi antibiotik.

6.   Calcivirus
Calcivirus menyebabkan sakit mata (conjunctivitis) dan boleh dirawat dengan antibiotik.

7.   Chlamydia
Chlamydia adalah sejenis penyakit berpunca daripada bakteria. Ia boleh mengakibatkan masalah mata yang lain dan boleh dirawat dengan antibiotik seperti tetracycline.

8.   Toxoplasmosis
Toxoplasmosis boleh merebak daripada kucing lain atau tikus. Ia menyebabkan radang mata dan boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik.

9.   Kulat
Biasanya jangkitan kulat (fungal infections) menyerang mata.
Cryptococcosis adalah nama bagi sejenis jangkitan kulat yang serius di mana ia boleh mengakibatkan buta, kerosakan retina mata dan juga radang pada kornea mata. Ia juga boleh menyerang sistem saraf. Oleh itu, perhatian segera harus diberikan. Ubat anti kulat turut harus diberikan.

Nota:
Jangkitan mata boleh diakibatkan oleh pelbagai jenis virus, bakteria dan kulat. Rawatan baginya terdiri daripada titisan pembersih mata (eye drops), pengamilan ubat antibiotik dan ubat anti kulat.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment