Thursday 10 November 2016

BETUL KE BULU KUCING PUNCA ALAHAN?


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Alahan kepada kucing (cat allergies) sering berlaku walaupun di kalangan pemilik kucing. Ada beberapa petanda yang perlu anda perhatikan sekiranya anda alah kepada kucing kerana petanda-petanda tersebut mungkin menyebabkan penyakit yang lain juga.

Allergen
Kebanyakan orang percaya alahan kucing ini berpunca daripada bulu kucing. Jawapannya... TIDAK! Bulu kucing bukanlah allergen. Makna allergen adalah sesuatu yang boleh menimbulkan alahan.
Allergen sebenarnya terdapat pada kulit kucing yang gugur (dander). Sejenis protein yang diberi nama ‘glycopretein F1’ merupakan punca sebenar alahan. Ia banyak terdapat pada kulit kucing dan air kencing tapi dalam kuantiti yang rendah serta air liur kucing. Satu daripada allergen lagi adalah habuk dan kotoran yang melekat pada bulu kucing.

Petanda diserang alahan:

Jika kucing anda diserang alahan, akan berlaku tindak balas daripada sistem pertahanan tubuh kucing terhadap kulit yang gugur (dander). Dander ini boleh mengakibatkan:
§  radang kulit
§  kulit menjadi gatal
§  hidung gatal dan berair
§  mata berair
§  masalah pernafasan
§  semput
§  bengkak

Sesetengah orang akan mengalami bengkak yang amat serius dan boleh menyebabkan maut. Ini dipanggil anaphylaxis. Jika ini berlaku, doktor akan memberi anda suntikan ubat epinephrine untuk meredakan bengkak.
Sebaik sahaja anda bertukar ke persekitaran yang bebas daripada dander, petanda-petanda yang disebutkan di atas kebanyakannya akan hilang kecuali radang kulit yang mengambil masa panjang untuk sembuh.

Proses mengenal pasti
Sekiranya anda mengesyaki anda alah kepada kucing dan anda menunjukkan petanda-petanda diserang alahan seperti yang telah disenaraikan, anda perlu memastikan ia bukan berpunca daripada jenis alahan yang lain dari alahan kucing.
Alahan kucing dapat dikenal pasti dengan ujian darah (seperti ujian ELISA) dan melalui kulit.

Kawalan
Jika anda tidak memiliki kcuing di rumah, anda dapat mengawal alahan dengan mengurangkan pendedahan kepada kucing. Jika anda memiliki kucing, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.
Cara yang paling berkesan ialah melalui suntikan untuk alahan ini. Doktor akan memberi anda suntikan yang mengandungi bahan glycoprotein penyebab serangan alahan ini. Apabila diberi suntikan ini, sistem pertahanan tubuh anda akan menjadi lebih kuat dan anda akan kurang diserang alahan pada masa akan datang.
Penjagaan kucing yang baik seperti sering membersihkan bulu dan kulitnya sedikit sebanyak membantu mengawal serangan alahan ini.



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment