Friday 11 November 2016

ANGIN AHMAR


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Angin ahmar adalah masalah kesihatan yang terdiri daripada dua jenis: ischemic dan hemorrhagic.
Angin ahmar jenis ischemic berlaku apabila otak kucing tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Ini akan menyebabkan kekurangan oksigen di otak dan seterusnya angin ahmar berlaku. Angin ahmar jenis haemorrhagic pula diakibatkan oleh urat di kepala yang putus – uratnya yang putus bukan kepalanya.
Penyebab angin ahmar agak banyak; antaranya adalah kecederaan pada otak atau keracunan. Angin ahmar juga mungkin satu kesan sampingan terhadap penyakit yang sedang dideritai seperti kencing manis atau diserang mahluk parasit.


Petanda kucing anda diserang angin ahmar adalah seperti:
1.   Kepala menyenget
Satu daripada petanda angin ahmar yang paling mudah dilihat adalah kepalanya akan menyenget ke sebelah. Kucing akan mengalami kesukaran untuk memusingkan kepalanya ke bahagian yang bertentangan. Keadaan ini akan berlaku selama beberapa minggu daripada hari pertama kucing diserang angin ahmar.

2.   Bebola mata hitam tidak sama besar
Perhatikan bebola mata kucing. Angin ahmar akan menyebabkan bahagian hitam bebola mata menjadi lebih besar daripada yang lagi satu. Walau bagaimanapun, tidak semua kucing yang diserang angin ahmar.

3.   Hilang daya imbangan badan
Kucing akan secara tiba-tiba hilang daya imbangan, asyik terjatuh atau bergerak dalam bulatan.

4.   Ataxia
Ataxia bermakna kucing hilang keupayaan untuk mengawal otot-ototnya. Ia tidak dapat melakukan perkara-perkara asas yang memerlukan koordinasi otot.

5.   Keliru
Kucing akan menjadi keliru. Kucing yang mempunyai personaliti yang kuat tetapi keliru bukan sifat kucing yang sihat.

6.   Perubahan perwatakan
Perwatakan kucing akan berubah dengan banyak. Ia akan menjadi kurang manja dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Kucing juga mungkin akan tidur lebih lama.

7.   Tidak bertenaga
Kucing kelihatan sangat letih dan tidak bermaya. Benda-benda atau perkara yang biasanya mengghairahkan tidak akan diendahkan.

8.   Hilang selera makan
Kucing tidak berminat untuk makan selama beberapa hari. Selalunya angin ahmar disusuli dengan perasaan mual (nausea), jadi bau makanan tidak menarik bagi kucing pada masa ini.

9.   Turun berat badan
Penurunan berat badan merupakan kesan langsung daripada hilangnya selera makan dan muntah.

Nota:
Angin ahmar jarang berlaku kepada kucing. Jadi, jika kucing anda menunjukkan petanda-petanda yang dibincangkan di atas, ia mungkin tidak mengalami angin ahmar tetapi disebabkan penyakit lain seperti penyakit otak – dapatkan pendapat doktor haiwan untuk kepastian.
Jika dikesan daripada awal, kucing boleh sembuh daripada angin ahmar dalam masa beberapa minggu sahaja. Ia akan mula mempunyai daya imbangan diri dan fungsi tubuh kembali normal walaupun kepalanya mengambil masa yang lebih lama untuk kembali seperti sediakala.




Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment