Friday 11 November 2016

KEBAIKAN LEMAK OMEGA


Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/

Asid lemak omega (omega fatty acids) adalah sejenis minyak tidak tepu (polyunsaturated fats) yang diperlukan kucing bagi kesihatan yang baik. Asid lemak omega tergolong dalam minyak tidak tepu daripada jenis asis arakidonat (arachidonic acid) yang penti g bagi penghasilan tenaga. Oleh kerana asid ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh kucing, ia perlu diambil melalui pemakanan.

Kebaikan asid lemak omega kepada kucing

Diet yang mengandungi asid lemak omega membantu mengurangkan pengambilan beberapa jenis ubatan. Ia juga membantu untuk:
§  mengurangkan kulit kering
§  mengurangkan radang (inflammation)
§  meningkatkan keupayaan pergerakan sendi
§  melambatkan perkembangan beberapa jenis barah
§  menguatkan sistem pertahanan tubuh
§  melindungi organ dalaman
§  memperbaiki penglihatan
§  meningkatkan kesihatan otak
§  mengurangkan alahan (allergies)

Asid lemak dalam makanan
Selain protein dan karbohidrat, asid lemak omega juga mengandungi kandungan tenaga yang tinggi. Makanan kucing yang murah mungkin tidak mengandungi kandungan asid lemak omega yang secukupnya. Pastikan makanan kucing mengandungi kedua-dua asid lemak Omega 3 dan Omega 6 yang seimbang bagi kesihatan kucing.
Kadangkala label pada makanan kucing tidak ditulis perkatan Omega 3 dan Omega 6. Tetapi, ini tidak bermakna makanan tersebut tidak mengandungi asid lemak yang penting ini. Di bawah saya senaraikan beberapa jenis ramuan pada makanan kucing yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6.
Omega 6:
§  Arachidonic
§  Dihomo-gamma linolenic
§  Linolenic

Omega 3:
§  Alpha linolenic
§  Docosahexaenic

Sumber makanan yang tinggi dengan asid lemak omega
Terdapat beberapa jenis kekacang yang mengandungi kedua-kedua Omega 3 dan Omega 6 seperti kacang soya dan kacang kidney (kidney beans). Berikut adalah beberapa sumber Omega 3 dan Omega 6:
Sumber Omega 3:
§  minyak ikan
§  beberapa jenis ikan
§  daging khinzir
§  lemak ayam (poultry fat)
§  flaxseed

Sumber Omega 6:
§  minyak Safflower
§  minyak jagung
§  minyak biji labu (pumpkin seed oil)



Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment