Thursday 22 March 2018

PROJEK RUMAH KUCING SAIZ 8 kaki lebar x 10 kaki panjang x 7 kaki tinggi "OUTDOOR"



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…


Kali ini ARKITEK MEOW nak buat review salah satu projek rumah kucing outdoor yang telah kami siapkan di Bukit Damansara Kuala Lumpur…

Task yang diberikan kepada kami adalah untuk menyelesaikan keadaan kucing-kucing milik tuan rumah sebanyak 15 ekor yang sebahagiannya duduk di dalam cage yang sempit da aada juga yang berkeliaran di kawasan laman serta di dalam rumah. Kebanyakan kucing-kucing yang besar tinggal didalam cage yang sempit, menyebabkan kucing-kucing ini seperti didalam penjara… Kucing-kucing lain pula ada yang dilepaskan di sekitar rumah yang menyebabkan ia menganggu aktiviti harian pemilik rumah… ada yang buang air dan najis bersepah di dalam dan luar rumah…

Perletakan  kucing didalam cage pula diletakkan di kawasan teres berbumbung bersebelahan dengan ruang rehat. Akibatnya ruang yang sepatutnya dijadikan ruang rehat outdoor menjadi bersepah dan berbau busuk. Ini telah menganggu aktiviti rehat pemilik rumah…

Untuk menyelesaikan masalah ini, ARKITEK MEOW telah berbincang dengan pemilik rumah dan mencadangkan satu ruang dibelakang rumah yang sedikit jauh dari tempat asal cage kucing. Ruang berikut amat sesuai keadaan tanah disitu lebih tinggi dimana air kotoran cucian kucing boleh terus mengalir ke longkang. Selain dari itu, kawasan itu terdapat pokok-pokok besar yang akan memberi keselesaan yang maksima kepada kucing-kucing tersebut.



Dengan itu ARKITEK MEOW juga mencadangkan tembok belakang asal digunakan untuk disambungkan dengan rumah kucing outdoor saiz 6 kaki x 8 kaki x 7 kaki tinggi ini. Supaya ruang belakang tidak menjadi terlalu sempit untuk laluan pemilik rumah.



Secara asasnya ARKITEK MEOW telah merekabentuk sebuah rumah kucing yang berbumbung beserta salur air hujan supaya air hujan tersebut tidak mengotorkan tanah disekeliling rumah kucing. Struktur asas rumah kucing ini pula dibina dengan menggunakan kayu balau dimana ia tahan cuaca dan anai-anai. Bahan binaan dinding dan bumbung pula menggunakan asbestos dimana ia dapat menahan kepanasan menyerap kedalam rumah kucing. Sebelum rumah kucing tersebut dibina, ARKITEK MEOW telah membina lantai konkrit beserta salur air buang kedalam longkang asal. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja-kerja mencuci kotoran kucing-kucing tersebut. Jaring dawai halus pula diletakkan disekeliling rumah kucing untuk sekuriti dan pengudaraan.




Didalam rumah kucing pula, ARKITEK MEOW telah merekabentuk dan membina empat bilik berpintu untuk kucing-kucing yang melahirkan anak. Terdapat beberapa para, jambatan dan ruang yang direka untuk keselesaan dan tempat bermain kucing-kucing tersebut.



ARKITEK MEOW rasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan rumah kucing ini dan berterimakasih kepada pemilik rumah yang memberi peluang kepada ARKITEK MEOW untuk berkhidmat dan memberi manfaat sama ada kepada manusia dan juga haiwan….




Kalau ada nak buat rumah kucing atau ada idea yang boleh share, sila hubungi kami ARKITEK MEOW di 0173110308 atau 0173110307 dan boleh juga email ke arkitekmeow@gmail.com

6 comments:

  1. boleh bina untuk saya rumah anak bulus saya ni?? contact saya 0127540380

    ReplyDelete
  2. hi arkitek meow. maaf, saya zero dalam senibina. boleh bincang tentang kos untuk rumah kucing seperti ini? emel saya : aswida89@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Arkitek meow, brp kos rumah kucing berbumbung ni? Sy ada 10 ekor anak bulus

    ReplyDelete
  4. Arkitek meow, boleh tahu berapa kos rumah begini. Saya banyak kucing stray.

    ReplyDelete