Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…
Kali ini
ARKITEK MEOW nak buat review salah satu projek rumah kucing outdoor yang telah
kami siapkan di Bukit Damansara Kuala Lumpur…
Task yang
diberikan kepada kami adalah untuk menyelesaikan keadaan kucing-kucing milik
tuan rumah sebanyak 15 ekor yang sebahagiannya duduk di dalam cage yang sempit da
aada juga yang berkeliaran di kawasan laman serta di dalam rumah. Kebanyakan
kucing-kucing yang besar tinggal didalam cage yang sempit, menyebabkan
kucing-kucing ini seperti didalam penjara… Kucing-kucing lain pula ada yang
dilepaskan di sekitar rumah yang menyebabkan ia menganggu aktiviti harian
pemilik rumah… ada yang buang air dan najis bersepah di dalam dan luar rumah…
Perletakan kucing didalam cage pula diletakkan di kawasan
teres berbumbung bersebelahan dengan ruang rehat. Akibatnya ruang yang
sepatutnya dijadikan ruang rehat outdoor menjadi bersepah dan berbau busuk. Ini
telah menganggu aktiviti rehat pemilik rumah…
Untuk menyelesaikan masalah ini, ARKITEK MEOW telah berbincang dengan pemilik rumah dan mencadangkan satu ruang dibelakang rumah yang sedikit jauh dari tempat asal cage kucing. Ruang berikut amat sesuai keadaan tanah disitu lebih tinggi dimana air kotoran cucian kucing boleh terus mengalir ke longkang. Selain dari itu, kawasan itu terdapat pokok-pokok besar yang akan memberi keselesaan yang maksima kepada kucing-kucing tersebut.
Dengan itu
ARKITEK MEOW juga mencadangkan tembok belakang asal digunakan untuk disambungkan
dengan rumah kucing outdoor saiz 6 kaki x 8 kaki x 7 kaki tinggi ini. Supaya
ruang belakang tidak menjadi terlalu sempit untuk laluan pemilik rumah.
Secara asasnya
ARKITEK MEOW telah merekabentuk sebuah rumah kucing yang berbumbung beserta
salur air hujan supaya air hujan tersebut tidak mengotorkan tanah disekeliling
rumah kucing. Struktur asas rumah kucing ini pula dibina dengan menggunakan
kayu balau dimana ia tahan cuaca dan anai-anai. Bahan binaan dinding dan
bumbung pula menggunakan asbestos dimana ia dapat menahan kepanasan menyerap
kedalam rumah kucing. Sebelum rumah kucing tersebut dibina, ARKITEK MEOW telah
membina lantai konkrit beserta salur air buang kedalam longkang asal. Tujuannya
adalah untuk memudahkan kerja-kerja mencuci kotoran kucing-kucing tersebut.
Jaring dawai halus pula diletakkan disekeliling rumah kucing untuk sekuriti dan
pengudaraan.
Didalam rumah kucing pula, ARKITEK MEOW telah merekabentuk dan membina empat bilik berpintu untuk kucing-kucing yang melahirkan anak. Terdapat beberapa para, jambatan dan ruang yang direka untuk keselesaan dan tempat bermain kucing-kucing tersebut.
ARKITEK MEOW
rasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan rumah kucing ini dan berterimakasih
kepada pemilik rumah yang memberi peluang kepada ARKITEK MEOW untuk berkhidmat dan
memberi manfaat sama ada kepada manusia dan juga haiwan….
Kalau ada nak buat rumah kucing atau ada idea yang boleh share, sila hubungi kami ARKITEK MEOW di 0173110308 atau 0173110307 dan boleh juga email ke arkitekmeow@gmail.com