Sunday 30 October 2016

HENDAK SUNAT ATAU TIDAK?

Dalam beberapa Negara seperti Singapura, pengembirian dilakukan bagi tujuan mengawal bilangan kucing.
Bagi anda yang tidak biasa dengan perkataan kembiri, ia bermaksud sunat. Jadi, jika ada orang yang mengatakan hendak menyunatkan kucing, ia bermakna selepas disunat kucing tidak lagi mempunyai organ seksualnya dan oleh itu, ia tidak boleh mengawan dan menghasilkan anak.
Proses sunat ini hanya boleh dilakukan oleh doctor haiwan yang bertauliah dan prosesnya mengambil masa dalam satu jam bergantung kepada kemahiran doktor dan jika terdapat sebarang komplikasi ketika pembedahan. Harus saya beritahu di sini jika anda menyunatkan kucing yang sedang hamil, ini bermakna kandungannya akan mati semasa disunat.
Kucing boleh disunat apabila berumur enam bulan. Walau ada yang mengatakan kucing yang berusia lebih awal sudah boleh disunatkan, saya tidak begitu menggalakkan kerana komplikasi boleh berlaku jika kucing disunat terlalu awal. Fakta ini saya nyatakan bersandarkan pengalaman saya sendiri.

Proses mengawan
Kucing yang belum disunat akan melalui proses rangsangan atau mengawan. Proses ini berlaku dalam anggaran beberapa kali setahun dan setiap kali berlaku, ia akan mengambil masa seminggu lamanya.
Ketika dalam fasa mengawan, kucing berada dalam tahap rangsangan seks yang tinggi dan ia akan membuat bising bagi menarik perhatian pasangan seksnya. Kucing betina juga akan mengeluarkan sejenis kimia yang dapat dihidu oleh kucing jantan berbatu jauhnya. Kucing jantan menggunakan bau ini untuk ‘membawanya’ kepada kucing betina yang ingin mengawan.

Sebelum dikembirikan
Sebelum anda membawa kucing anda untuk dikembirikan, pastikan ia bukan dalam proses mengawan. Ketika dalam proses mengawan, saluran darah kucing akan menjadi bengkak dan ini tentunya akan menimbulkan masalah ketika dikembiri nanti. Selain itu, kucing akan mengalami pendarahan yang banyak.
Penyunatan semasa kucing di dalam proses mengawan jauh lebih rumit dan sudah tentu kosnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyunatan kucing yang tidak di dalam proses mengawan.
Seperkara lagi ingin saya tambah adalah pastikan kucing anda tidak diberi makan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum dikembirikan. Jika perlu, berikan sedikit air sahaja. Ini bagi mengelakkan kucing daripada muntah ketika pembedahan nanti. Kucing yang muntah ketika pembedahan, boleh mengakibatkan maut jika ia tercekik muntah sendiri.

Kebaikan kucing yang disunatkan:
   1.   Kucing tidak lagi suka keluar merayau-rayau untuk mencari boyfriend atau girlfriend bagi tujuan mengawan (mengadakan hubungan seks).
     2.     Kucing akan berasa lebih tenteram dan tidak lagi bersifat agresif.
     3.     Kucing akan lebih sihat.
     4.    Jangka hayat kucing lebih lama.
    5.   Dapat menghindarkan daripada beberapa jenis barah seperti barah rahim, buah dada dan ovari.
     6.     Mengelakkan barah buah zakar bagi kucing jantan.
     7.     Kurang kencing merata-rata.    


     Sumber rujukan:

     Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment