Monday 31 October 2016

TUBUH KUCING YANG SIHAT

Sekiranya ke pasar, kaum Hawa memang pandai memilih ikan yang segar dengan hanya melihat seluruh tubuh ikan yang hendak dibeli. Namun, tahukah anda cara melihat kucing yang sihat hanya melalui tubuhnya? Berikut saya berikan panduannya:
     1.   Mata
Mata kucing mestilah kelihatan bersih, bersinar dan tidak ada sebarang tanda merah. Tanda kemerahan mungkin disebabkan oleh penyakit ataupun kecederaan. Matanya juga seharusnya tidak terdapat tahi mata yang berlebihan dan tiada cecair yang keluar di tepi mata iaitu di lubang air mata (tempat keluar tangisan).

     2.   Hidung
Sama seperti mata, kucing yang sihat tidak akan mempunyai hingus yang meleleh walaupun di dalam kuantiti yang sedikit. Antara penyakit yang lazim apabila terdapat hingus ialah flu (demam selesema).

     3.   Mulut
Air liur tidak harus kelihatan meleleh dari sisi mulut. Ianya juga mesti tidak berbau. Giginya pula putih dan gusi berwarna merah jambu.

     4.   Perut
Kucing yang sihat mempunyai perut yang sedikit boroi dan tidak keras apabila ditekan. Jika ada cacing, perut akan membuncit dengan agak besar. Perhatikan juga pusatnya di mana jika ada benjolan di pusat, kucing anda mungkin sedang mengalami hernia yang seakan-akan buasir.

     5.   Berat badan
Kucing seharusnya tidak terlalu berat. Jangan biarkan kucing terlalu gemuk sehingga anda sendiri susah hendak angkat mahupun terlalu kurus hingga tulang-tulangnya Nampak dengan jelas.

     6.   Kaki
Kucing harus boleh berdiri tegap dan tidak membengkok atapun terenjut-enjut ketika berjalan.

     7.   Kulit
Mesti kelihatan normal dan tidak terlalu kering ataupun merekah.

     8.   Dubur
Bersih dan tidak menunjukkan sebarang kehitaman, ketumbuhan mahupun luka.

     9.   Bulu
Lembut apabila dipegang dan bebas daripada parasit seperti kutu. Tiada tompok-tompok bulu yang gugur.

     10. Telinga

Bahagian dalam telinga harus berwarna merah jambu, bersih, tidak berbau, tiada kotoran dan tiada parasit. Jika kotor, anda boleh mencuci bahagian dalam telinga dengan menggunakan kapas yang telah dicelup dengan minyak zaitun. Pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak minyak bagi mengelakkan ia daripada masuk ke dalam lubang telinga.   

Sumber rujukan:

"Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu", oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment