Sunday 30 October 2016

KUCING PUN KENA GOSOK GIGI JUGA

Sekitar 70 peratus hayat dibelenggu dengan masalah sakit gigi dan gusi. Namun, masalah ini boleh diatasi jika anda mengambil langkah-langkah yang mudah. Mengetahui cara-cara menjaga gigi dan gusi kucing akan membantu meredakan kesakitan kucing anda.
Antara petanda kucing anda bermasalah ialah jika terdapat kerak-kerak gigi yang dipanggil tartar yang berwarna kecoklatan. Anda juga boleh tahu kucing anda sedang menghadapi masalah gigi dan gusi apabila mulutnya berbau sangat busuk disebabkan oleh bakteria di dalam mulut.
Tambahan lagi, jika anda melihat kucing anda sering menggosok atau mencakar bahagian mulutnya, kelihatan tidak bermaya, kurang nafsu makan dan air liurnya asyik meleleh, ini boleh juga menandakan terdapat masalah pada gigi dan gusinya. Sekiranya kucing telah menunjukkan simptom-simptom ini, anda harus dapatkan rawatan doctor dengan segera. Sebagai langkah pencegahan sebelum terkena sakit gigi dan gusi, anda harus dapatkan rawatan doktor dengan segera. Sebagai langkah pencegahan sebelum terkena sakit gigi dan gusi, anda harus tahu cara memberus gigi kucing.

Cara memberus gigi kucing:
  •     Pertama sekali, berus sebatang dua gigi kucing dan juga bahagian bibirnya perlahan-lahan dengan menggunakan jari anda. Jangan lupa untuk menggosok gusinya juga. Kalau anda sayangkan jari anda, jangan gosok dengan terburu-buru – takut kucing terperanjat dan gigit jari anda.
  •     Hari demi hari, lakukan proses di atas ini dan cuba untuk bersihkan bahagian yang lain secara berperingkat.
  •     Setelah anda dapati kucing anda sudah selesa dengan  cara pembersihan gigi sebegini, barulah anda boleh gunakan berus gigi khas dan ubat gigi khas yang dijual di kedai-kedai haiwan.
  •      Saya tahu anda mungkin hendak menjimatkan belanja dengan menggunakan ubat gigi sendiri. Nasihat saya: JANGAN. Ubat gigi manusia boleh menyebabkan keracunan kepada kucing.
  •          Masa yang paling sesuai untuk menggosok gigi adalah selepas makan.
  •           Berus gigi kucing anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Saya akhiri dengan lagu beriku:
     Bangun pagi ku terus mandi

     Tidak lupa menggosok gigi

Sumber rujukan:

Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu, oleh Idham Jantan.

No comments:

Post a Comment