Friday 28 October 2016

IBU HAMIL TIDAK BOLEH PEGANG KUCING?

Mungkin ada di antara kita yang sering diberitahu oleh orang-orang tua bahawa ibu hamil tidak boleh menyentuh kucing.
Atas sebab itu, terdapat banyak kes di mana kucing peliharaan dibuang dari rumah hanya kerana pemiliknya hamil. Setiap kali hamil, ada sahaja kucing peliharaan yang ‘bertukar status’ menjadi kucing jalanan. Penyakit toxo ini disebarkan oleh sejenis parasit yang bernama toxoplasma gondii.
Jika si ibu dijangkiti penyakit toxo buat kali pertama, ianya mungkin akan memudaratkan janin. Namun biasanya, bagi jangkitan yang seterusnya selepas jangkitan yang pertama, sistem pertananan tubuh ibu sudah lali dan tidak mendatangkan mudarat kepada janin.
Namun, ibu yang dijangkiti penyakiti toxo hanya akan memudaratkan janinnya sekiranya jangkitan benar-benar serius.
Kucing mendapat penyakit toxo ini melalui tikus, burung liar dan daging mentah yang sudah ada parasit toxo.
Sekiranya anda tidak membenarkan kucing keluar rumah di mana ia berkemungkinan akan makan makanan yang tidak diketahui kebersihannya, anda tidak perlu risau tentang kucing anda dijangkiti toxo.
Apabila kucing mula menghidapi penyakit toxo ini, akan terdapat telur-telur kecil dalam najis kucing yang akan dinyahkan selama 10 hingga 14 hari. Parasit-parasit toxo ini akan kelihatan dalam telur-telur ini dan parasit-parasit boleh hidup selama setahun!
Oleh kerana parasit toxo ini boleh hidup begitu lama, anda tidak harus memandang remeh tentang najis kucing yang kelihatan telah lama dan kering kerana parasit toxo mungkin hidup di dalamnya.
Sepertimana kucing mendapat penyakit toxo apabila memakan makanan yang sudah mempunyai parasit toxo, begitulah juga manusia di mana kita juga boleh dijangkiti melalui pemakanan. Jadi pastikan daging yang anda makan betul-betul masak untuk membunuh parasit toxo yang mungkin ada dalam makanan tersebut.
Tentang cerita ibu hamil dan kucing pula, si ibu hanya boleh dijangkiti toxo jika termakan najis kucing yang mengandungi parasit toxo. Memanglah tidak ada manusia yang makan najis TETAPI anda mungkin dijangkiti toxo semasa membersih najis kucing.
Senarionya begini: anda membersihkan najis kucing yang sudah dijangkiti toxo – tangan anda terkena najis – parasit toxo ‘berhijrah’ ke tangan anda – anda basuh tangan tetapi tidak bersih (parasit toxo masih ada di tangan) – anda makan menggunakan tangan – parasit toxo masuk ke dalam mulut anda.

Jadi pastikan tangan anda betul-betul bersih selepas mengendalikan najis kucing. Kalau nak lebih selamat, gunakan sarung tangan pakai-buang semasa membersihkan najis. Dan yang PALING SELAMAT, suruh orang lain bersihkan najis kucing anda.     

Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu, oleh Idham Jantan.    

No comments:

Post a Comment