Sunday 30 October 2016

KUCING ANDA KERAP MINUM AIR

Demi untuk menjaga kesihatan yang baik, kucing harus minum air secukupnya. Namun, jika anda perhatikan kucing anda terlalu banyak atau kerap minum air, ia mungkin petanda bagi sesuatu yang tidak normal dengan tubuhnya.
Keadaan di mana kucing terlalu banyak minum air dikenali sebagai polydipsia di mana pesakitnya akan berasa sangat haus. Ini boleh mengakibatkan kucing mengalami polyuria iaitu pengumpulan dan pembuangan air kecil yang lebih banyak daripada biasa.
Kucing yang sihat dan berat dalam empat kilogram memerlukan sebanyak dia setengah cawan air sehari. Pengambilan air untuk minum bukan sahaja tertakluk pada air yang diminum tetapi termasuk juga air yang terdapat di dalam makanan.
Jika kucing dewasa minum air berlebihan, ia mungkin menghadapi masalah seperti:
§  kerosakan buah pinggang (nephrogenic diabetes insipidus)
§  kelenjar tiroid yang terlalu aktif (hyperthyroidism)
§  kencing manis (diabetes mellitus)
§  penyakit hati
§  kandungan kalsium dalam darah yang tinggi 

Kucing mungkin sedang menghidapi kencing manis (diabetes mellitus) jika ia minum air dengan banyak dan kerap serta juga makan dengan banyak tetapi berat badannya menurun. Keadaan ini berlaku apabila organ-organ dalaman tidak memproses glukosa. Sekiranya masih belum pada tahap kritikal, ia masih boleh dirawat dengan ubatan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, jika anda lihat kucing anda minum dalam kuantiti yang banyak, bawa ia ke klinik haiwan bagi mendapatkan kepastian dan juga rawatan yang sesuai.


Sumber rujukan:
Panduan Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu, oleh Idham Jantan.  

No comments:

Post a Comment