Dapatkan EBOOK PERCUMA DI https://www.facebook.com/CalicoCatHouz/
Batu karang calcium oxalate merupakan batu karang yang paling kerap menyerang pundi air kencing. Ianya terkumpul pada saluran-saluran air kencing kucing dan merupakan sejenis galian atau mineral (minerals) yang dipanggil ‘calcium oxalate’.
Tidak
ada sebarang punca yang pasti bagi batu karang jenis ini tetapi faktor-faktor
yang berikut menyumbang kepada penghasilannya:
§ penyakit
yang menyebabkan kadar kalsium dalam darah melonjak naik
§ kandungan
oxalate yang berlebihan dalam air
kencing
§ kandungan
protein yang berlebihan
§ kandungan
sodium yang berlebihan
§ pengambilan
kalsium melalui pemakanan yang berlebihan
§ kandungan
dadah jenis diuretics atau cortisone yang tinggi
Batu
karang jenis calcium oxalate ini
sering terdapat pada kucing yang berumur antara 5 hingga 14 tahun. Kucing jenis
Himalayan, Persian dan Burmese lebih
cenderung memperolehinya.
Petanda kehadiran
batu karang
Terdapat
beberapa petanda bagi kehadiran batu karang dan ada sesetengah kucing tidak
menunjukkan sebarang petanda.
§ tidak
boleh kencing
§ sakit
apabila kencing
§ kencing
dengan sedikit sahaja
§ lebih
kerap kencing
§ perlu
meneran ketika kencing
§ kesan
darah pada air kencing
§ asyik
menjilat kemaluan
Jika
kucing anda menunjukkan petanda-petanda seperti di atas, bawanya ke klinik
dengan segera supaya masalah batu karang ini dapat ditangani dengan cepat.
Kenal pasti dan
rawatan doktor
Beberapa
ujian boleh digunakan untuk mengenal pasti jika kucing mempunyai batu karang calcium oxalate. Ini termasuklah ujian
air kencing, ultrasound dan x-ray.
Sejurus
selepas kucing dikenal pasti mempunyai batu karang, rawatan akan bermula. Kucing
betina yang bersaiz kecil mungkin dapat mengeluarkan batu karang dengan
sendiri. Namun, ia tidak mungkin dapat mengeluarkan kesemua batu karang.
Rawatan
bagi batu karang adalah seperti:
§ Lithotripsy
– Gelombang kejutan (shock waves)
digunakan untuk memecahkan batu karang
§ Urohydropulsion
– Batu karang ‘ditolak’ keluar (flushed
out) dengan menggunakan cecair sterile
saline solution. Cara ini cuma berkesan jika batu karangnya adalah kecil
dan terdapat di bahagian bawah sistem saluran air kencing (lower urinary tract).
§ Catheter
retrieval – Sama seperti urohydropulsion, ia juga digunakan untuk batu karang yang kecil dan
di bahagian bawah sistem saluran air kencing.
§ Pembedahan
– Dalam kebanyakan kes, pembedahan diperlukan untuk menghapuskan batu karang.
Rawatan
lain seperti ubat antibiotik dan cecair khas boleh digunakan jika perlu.
Rawatan di rumah
Adalah
penting anda mengawasi kucing anda kerana batu karang merupakan sejenis keadaan
yang boleh berulang. Jika kucing anda telah menjalani pembedahan untuk membuang
batu karang, berikan ia rehat yang banyak dan pastikan tempat rehatnya kering
dan bersih selalu bagi mengurangkan risiko penyakit.
Tukar
makanan kucing kepada jenis yang mengandungi kandungan protin yang rendah dan
serat (fiber) yang tinggi. Lebihkan makanan
yang basah dan kurangkan makanan seperti biskut kering. Ini semua dapat membantu
mengurangkan risiko batu karang berulang. Jika kurang pasti, dapatkan nasihat
doktor.
Sumber rujukan:
“Panduan Penting Penjagaan & Rawatan
KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham Jantan.
bagus artikel ni, memang nak cari sangkar kucing
ReplyDelete