Kucing
amat suka bertenggek di tepi jendela sambil memerhatikan burung yang
berterbangan di luar tingkap ataupun untuk menangkap serangga yang hinggap di
jendela.
Apa
yang menjadi masalahnya ialah jika rumah anda berada di tingkat yang tinggi dan
tiada jaring yang dipasang untuk mengelak kucing daripada jatuh ke bawah dan berkemungkinan
besar menemui ajalnya.
Bergantung
pada cara ia jatuh, kucing biasanya masih boleh jatuh dari ketinggian kira-kira
tiga tingkat tanpa mengalami sebarang kecederaan serius. Sekiranya ia jatuh
dari paras yang lebih tinggi, kecederaan yang biasa dialami adalah seperti
patah kaki dan kerosakan pada organ dalaman.
Apabila
kucing jatuh pada paras yang tinggi, kepalanya akan menghadap ke tanah dan
posisi ini akan menyebabkan dagunya mencecah tanah dahulu. Ini akan menyebabkan
giginya serta rahangnya pecah. Ini akan menyebabkan giginya serta rahang pecah.
Ini diikuti dengan pendarahan melalui hidung, kejutan dan kerosakan organ
dalaman.
Sekiranya
anda kurang pasti jika kucing telah terjatuh dari tempat yang tinggi, lihat
pada beberapa petanda seperti pendarahan melalui hidung dan mulut, patah tulang
dan juga tidak sedar diri. Anda juga harus perhatikan pada petanda shock seperti gusi yang putih dan pucat,
degupan jantung yang cepat dan juga pernafasan yang cepat.
Jika
kucing anda telah jatuh dari tempat yang tinggi, anda harus:
Langkah
1: Cari
kucing di seluruh tempat yang kucing boleh bersembunyi berdekatan dengan tempat
ia jatuh.
Langkah
2: Hampiri
kucing anda dengan berhati-hati. Jika ia gementar atau ketakutan, anda perlu
menggunakan sedikit paksaan (memegangnya dengan kuat) supaya ia bertenang.
Langkah
3: Periksa
jika terdapat pendarahan di sekitar hidungnya. Sekiranya terdapat darah, lapkan
dengan perlahan sehingga bersih. Pendarahan seharusnya berhenti dalam masa
beberapa minit.
Langkah
4: Periksa
jika terdapat darah dalam mulut kucing, giginya yang patah dan kerosakan pada
rahangnya. Anda harus membuka mulut kucing untuk tujuan ini.
Langkah
5: Bersihkan
darah dari mulut kucing dengan perlahan. Pendarahan patut berhenti di dalam
masa beberapa minit.
Langkah
6: Periksa
jika terdapat tulang yang patah.
Langkah
7: Bawa
kucing ke klinik dengan segera.
Sumber rujukan:
“Panduan
Penting Penjagaan & Rawatan KUCING Yang Anda Harus Tahu”, oleh Idham
Jantan.
mahal tak kalau bawak ke klinik jika patah bahagian tangan?
ReplyDeletekucing saya baru jer smlm terjatuh dari tingkat 2.dpt bangun dan jalan seperti biasa.. cuma dia masih keadaan trauma...
ReplyDeleteHye nak tye, mula mula tu dia takleh jalan ke?
DeleteAnak kucing saya terhantuk ke lantai kerana besi, apa patut saya buat kerana anak kucing saya sentiasa membuka mulut nya seperti sukar untuk bernafas.. besi tu terjatuh terkena kepala nya dan dia terhantuk ke lantai
ReplyDeleteKucing saya jatuh dan hanya ada berdarah sedikit di hidung... mcm tiada patah... cuma masa berjalan ada mcm pincang sedikit mcm kesakitan...
ReplyDeleteKucing awak masih ok ke sekrg?.. kucing sya jatuh dri tingkt 4..xda darah..cuma dia jalan mcm tahan sakit.
DeleteKucing baru shj beberapa minit dia jatuh dari meja makeup saya,saya tak tahu mcm mana dia jatuh.Bila saya tengok,dia dah terbaring mcm shock dan badan dia lembek x gerak... sy lekas2 angkat dia dn kejut dia perlahan-lahan sambil memanggil nama and akhirnya dia bangun tapi badan dia mcm lemah ni pon duk baring jee check semua hidung mulut xde darah ke apa,check tulang pon xdebyg patah... tlg sy,sy sygkan kucing sy 😢
ReplyDeletesaya ade kapsul sne.. kucing saya dah brape kali jatuh terus sihat
Deletelepas makan kapsul sne tu trus sihat, klau nak, pm saya.. nak bagi free
ReplyDeleteCapsul sne tu apaa ya
Deletekapsul sne dari buah seabuckthorn. Mampu sembuhkan segala penyakit. Cer taip google psal buah seabuckthorn. Seabuvkthorn ni tahan lasak hidup 4 musim.Sne kapsul ni sebiji dah bgi kesan cepat sebab ade 428 nutrisi didalam. Supplemen diamalkn angkasawan china trmasuk sheikh muszapar angkwan malaysia. Harga lebih murah berbanding klinik haiwan. Sbelum sye knal sne kapsul ni, kucing demam beli ubat klinik utk 2 ekor dah rm 200. tu pun x sembuh2. Last2 baru sye tau supplemen yg sye mkn slma ni bgus juga utk kucing. bagi diorang satu kapsul esok trus aktif mcm tarzan.
Delete01125200953
ReplyDeleteMaaf sangat ade yg pm saye, sye x dapat bgi free, dah habis semua saye bagi. Tapi saye ade jual utk sepapan 20 biji rm30 sahaja. Kalau tak mampu pun 15 utk 10 biji. Sekotak 180 jdi sye jual dlm kdar yg sikit utk kurangkan beban korang. Satu kapsul sahaja kucing dah baik. InshaAllah. Allah maha menyembuhkn dengan penawar yg terbaik ni sne kapsul.
Deleteeh salah tulis,satu 10 biji rm 30
DeleteKucing sy jatuh dr tangga dlm rumah. Tingkat 2.Shock sekejap td. Diam slps jatuh. Darah dr hidung dan mulut. tp sedikit lemah. Darah dr lain dh x de dan dh berhenti. mcmana nk tahu kalau ada patah2 ye.. Anak kucing. Dh x lincah dah.. Tlg
ReplyDelete